Berita Harian

Pensyarah UITM bantu SMK Dengkil perkemas projek inovasi

-

Tiga daripada 11 projek inovasi berasaskan bidang Sains, Matematik, Kejurutera­an dan Teknologi (STEM) yang dihasilkan oleh 52 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil meraih tiga tempat utama dalam pertanding­an inovasi anjuran Universiti Teknologi MARA (UITM).

Pertanding­an inovasi dikenali sebagai Creations De UITM 2024 (CDU 2024) adalah sebahagian daripada pengisian Karnival Inovasi Mega UITM, 2024 anjuran Pusat Asasi UITM.

Lebih menarik, kesemua projek inovasi yang dipertandi­ngkan itu dimantapka­n oleh bimbingan oleh 20 pensyarah Unit Sains Komputer, Pusat Asasi UITM Dengkil.

Pensyarah Kanan, Pusat Asasi UITM Dengkil, Zazaleena Zakariah, berkata kerjasama dan bimbingan 20 pensyarah terbabit bertujuan membantu pelajar SMK Dengkil mengkomers­ialkan inovasi itu ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, bantuan yang diberikan

itu adalah pengisian projek mencungkil bakat inovasi dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

“Projek mencungkil bakat itu dijayakan oleh Pusat Asasi UITM Dengkil dengan CDU 2024.

“Program sebegini penting kerana penghasila­n inovasi terkini selari dengan keperluan semasa adalah sangat kritikal dalam dunia pendidikan pada hari ini.

“Melalui program ini, 11 projek

inovasi STEM yang dibangunka­n oleh 52 orang pelajar, dapat dipertandi­ngkan dalam CDU 2024 yang berlangsun­g di Pusat Asasi UITM Dengkil pada 27 April 2024 yang lalu,” katanya.

Tiga daripada inovasi yang berjaya meraih tempat teratas iaitu ciptaan tong sampah pintar yang muncul juara diikuti inovasi ‘Smart Stick Blind’ di tempat kedua dan tempat ketiga ‘Smart Distance Measurer’.

 ?? ?? Pengurusan Tertinggi SMK Dengkil bersama guru pengiring dan pelajar.
Pengurusan Tertinggi SMK Dengkil bersama guru pengiring dan pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia