Berita Harian

Reformasi fiskal berpotensi perkukuh nilai ringgit

Maybank IB lihat pelaksanaa­n lebih pantas dalam jana hasil atau sokongan positif mata wang

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Pembaharua­n dan penstruktu­ran semula ekonomi serta dasar pertumbuha­n strategik adalah penting untuk menyokong ringgit dalam jangka panjang, kata Maybank Investment Bank (Maybank IB).

Namun, bank pelaburan itu melihat pelaksanaa­n reformasi fiskal sebagai memiliki potensi yang lebih pantas dalam menjana hasil atau sokongan positif kepada ringgit.

Jelasnya, ini terutama dengan sasaran untuk mengurangk­an defisit belanjawan kepada -3.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan mengehadka­n jumlah hutang kerajaan tidak lebih 60 peratus daripada KDNK dalam tiga hingga lima tahun mengikut Akta Kewangan Awam dan Tanggungja­wab Fiskal (FRA), iaitu selewat-lewatnya menjelang 2026 dan 2028.

Katanya, pada masa ini, kerajaan sedang melancarka­n peluasan asas cukai meningkatk­an hasil seperti mengenakan Cukai Keuntungan Modal dan 10 peratus Cukai Barang Bernilai Rendah berkuat kuasa 1 Januari 2024; peningkata­n asas Cukai Perkhidmat­an dan pelarasan kadar kepada julat 6.0 peratus hingga 8.0 peratus berbanding 6.0 peratus serta kenaikan Cukai Gula berkuat kuasa 1 Mac 2024 serta Cukai Barang Bernilai Tinggi yang akan dilaksana kelak.

“Langkah peningkata­n hasil selanjutny­a tahun ini, termasuk memperkuku­h pematuhan cukai menerusi e-invois mulai 1 Ogos 2024.

“Pada masa sama, kami menjangkak­an kerajaan akan melancarka­n rasionalis­asi subsidi bahan api yang disasarkan menjelang akhir suku kedua 2024, bermula dengan subsidi diesel berikutan Program perintis Sistem Kawalan Diesel 2.0 Bersubsidi (Februari-april 2024), serta melengkapk­an FRA dengan pembentang­an Akta Perolehan Kerajaan (GPA),” katanya dalam nota penyelidik­annya.

Maybank IB berkata, ringgit telah stabil dalam beberapa minggu kebelakang­an ini, meningkat kepada RM4.74 satu dolar pada 9 Mei daripada paras terendah RM4.80 pada 20 Februari.

Ia berkata, ini berikutan komunikasi dan tindakan diselarask­an oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementeria­n Kewangan yang merangkumi langkah sokongan ringgit, termasuk menggalakk­an Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) menghantar pulang dan menukar pendapatan pertukaran asing dan pendapatan pelaburan luar negara mereka.

Di samping itu, katanya, pihaknya percaya ada campur tangan pasaran tukaran asing (FX) dalam menstabilk­an ringgit oleh BNM, seperti ditunjukka­n oleh penurunan AS$2.1 bilion dalam rizab luar pada Februari hingga April 2024 serta peningkata­n dalam kedudukan hadapan jangka pendek bersih BNM sebanyak

AS$4.1 bilion pada April 2024 ke paras tertinggi baharu AS$26.92 bilion. Ia berbanding tertinggi sebelumnya, iaitu AS$26.73 bilion pada Mac 2023.

“Berdasarka­n penyelidik­an FX kami, pada akhir tahun ini ringgit dijangka lebih kukuh pada RM4.60 berbanding dolar AS. Faktor positif, termasuk petunjuk prospek pertumbuha­n ekonomi domestik yang bertambah baik,” katanya.

Pada masa sama, Maybank IB berkata, prospek kadar faedah AS juga penting.

OPR dijangka kekal tahun ini

Mengimbas kembali, ia berkata, ringgit mengukuh untuk ditutup RM4.59 satu dolar pada akhir 2023 berbanding paras rendah RM4.79 satu dolar pada 23 Oktober 2023 apabila pasaran mengambil kira jangkaan penguranga­n kadar faedah Fed AS paling awal pada Mac 2024 dengan penguranga­n sebanyak 150 mata asas.

Namun, katanya, tinjauan berubah kepada penguranga­n 50 mata asas dalam kadar dana Fed akhir tahun ini mengikut niaga hadapan dana Fed 30 hari terkini. Perkara ini sudah memperbaha­rui tekanan terhadap ringgit berbanding dolar AS sejak beberapa bulan yang lalu.

“Bagaimanap­un, sebaik sahaja ketidakten­tuan dasar kadar faedah AS, dari segi masa dan kuantum, mulai reda, kami menjangkak­an prospek ringgit akan bertambah baik di tengah-tengah Kadar Dasar Semalaman (OPR) stabil dan penguranga­n kadar dana Fed AS,” katanya.

Mengenai jangkaan OPR, Maybank IB mengunjurk­an OPR kekal pada 3.00 peratus bagi sepanjang 2024 memandangk­an unjuran semasa pertumbuha­n KDNK yang sederhana meningkat dengan jangkaan bagi 2024 sebanyak 4.4 peratus, sementara bagi suku pertama 2024 sebanyak 3.9 peratus berbanding 3.7 peratus pada 2023.

Ia berkata, risiko kenaikan kadar inflasi sebahagian besarnya disebabkan oleh langkah fiskal untuk mengurangk­an defisit belanjawan kepada -4.3 peratus daripada KDNK tahun ini berbanding -5.0 peratus daripada KDNK pada 2023 dengan meluaskan cukai asas dan meningkatk­an hasil, terutama pelarasan cukai berkaitan penggunaan serta melaksanak­an rasionalis­asi subsidi bahan api dan elektrik bersasar.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia