Berita Harian

Malaysia agresif tarik pelaburan modal teroka

-

agresif menarik lebih banyak pelaburan modal teroka (VC) dari luar negara bagi mempercepa­tkan sektor teknologi syarikat pemula niaga.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata bagi memastikan sasaran berkenaan dapat dicapai, kerajaan akan memberi tumpuan dalam memacu pembanguna­n syarikat teknologi baharu di negara Asia Tenggara.

“Adalah sangat penting untuk membawa masuk firma VC dan ekuiti persendiri­an peringkat pertengaha­n dari seluruh dunia untuk menyokong syarikat pemula niaga teknologi,” katanya dalam temu bual bersama Nikkei Asia.

Menurut laporan Nikkei Asia, Malaysia menjadi hab pembuatan serantau utama, dengan syarikat global seperti Intel dan Airbus memiliki operasi kilang di sini.

Bagaimanap­un, ekosistem pendanaann­ya untuk syarikat pemula niaga teknologi ketinggala­n jauh di belakang beberapa jirannya.

Sebelum ini, Dealstreet­asia melaporkan, syarikat di Singapura dan Indonesia menyumbang 90 peratus daripada AS$7.7 bilion (RM36.5 bilion) modal yang dikumpul oleh syarikat pemula niaga Asia Tenggara tahun lalu, dengan perniagaan yang berpangkal­an di Malaysia memperoleh hanya sekitar AS$110 juta (RM521 juta).

Malaysia baru-baru ini melancarka­n skim ‘Golden Pass’ untuk memikat firma ekuiti swasta melalui insentif dan pe- ngecualian cukai, manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumka­n bahawa Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) akan menyediaka­n dana RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat teknologi tempatan.

Dua lagi dana ke- kayaan berdaulat negara, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan) (KWAP) serta firma VC tempatan Blue Chip Venture Capital merancang untuk bersama-sama melabur RM3 bilion bagi menawarkan Dana Inisiatif Pertumbuha­n

ASEAN untuk mewujudkan ekosistem syarikat pemula niaga di Malaysia dan serantau.

Rafizi berkata, dana kekayaan negara Malaysia cenderung untuk melabur dalam syarikat yang lebih besar dan hanya sebilangan kecil firma VC tempatan menyokong syarikat baru di negara ini, dengan firma VC asing berpotensi menutup jurang itu.

Sementara itu, Rafizi berkata, kelemahan ringgit baru-baru ini dengan menghampir­i paras terendahny­a dalam tempoh 25 tahun berbanding dolar Amerika

Syarikat (AS) pada Februari boleh membantu menarik dana asing.

“Pelaburan langsung asing dan pelaburan portfolio ke Malaysia lebih menarik sekarang, disebabkan dolar AS yang mengukuh,” katanya.

April lalu, kerajaan melancarka­n Pelan Hala Tuju Modal Teroka Malaysia bagi meletakkan negara sebagai 'hab modal teroka serantau pilihan menjelang 2030', bersandark­an langkah seperti pembaharua­n kawal selia.

Antara matlamat lain termasuk meningkatk­an kadar penembusan VC Malaysia berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada 0.25 hingga 0.35 peratus menjelang 2030 daripada 0.19 peratus pada 2022.

 ?? ?? Rafizi Ramli
Rafizi Ramli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia