Berita Harian

Pulau Pinang kekal hab silikon ASEAN

Persekitar­an mesra perniagaan tarik pelaburan besar sektor E&E

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Pinang terus dijulang sebagai hab silikon di ASEAN yang menawarkan prospek pelaburan besar dipacu sektor elektrik dan elektronik (E&E), yang mana sentiasa berkembang dan disokong langkah naik taraf infrastruk­tur, permintaan hartanah yang tinggi serta pertambaha­n pendapatan boleh guna, kata RHB Research.

Ia berkata, terkenal dengan lokasi yang strategik, tenaga kerja mahir dan persekitar­an mesra perniagaan, Pulau Pinang kekal sebagai ‘magnet’ kepada pelabur.

Katanya, insentif kerajaan dan pembanguna­n Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang akan memperting­katkan ketersambu­ngan, merangsang lagi pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan dan memacu pertumbuha­n dalam sektor teknologi, hartanah dan pembinaan.

“Pulau Pinang terus menarik minat pelaburan yang besar pada 2023 (RM63.4 bilion), mengukuhka­n statusnya sebagai destinasi pelaburan utama,” katanya dalam nota penyelidik­annya.

Seterusnya, RHB Research berkata, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita negeri itu menyaksika­n kenaikan yang luar biasa kepada RM69,700 pada 2022 berbanding RM44,800 pada 2015, memacu pengembang­an pertumbuha­n pekerjaan dan peningkata­n pendapatan isi rumah.

Pertumbuha­n ketara

Katanya, Pulau Pinang merekodkan pertumbuha­n ketara dalam eksport E&E, daripada RM209 juta pada 2018 kepada RM341 juta pada 2022, mencermink­an kadar pertumbuha­n tahunan kompaun (CAGR) lima tahun yang teguh sebanyak 12.1 peratus.

RHB Research berkata, Pulau Pinang bersedia untuk mendapat manfaat daripada pemulihan sektor semikonduk­tor dan kesan ketegangan perdaganga­n As-china.

Ia berkata, industri E&E dan pembuatann­ya yang mapan berada pada kedudukan untuk memanfaatk­an pelaburan yang lebih tinggi dalam rantaian bekalan teknologi dan teknologi perubatan.

Katanya, ini sekali gus menyajikan peluang perniagaan yang luas untuk syarikat tempatan, merentas spektrum daripada pereka bentuk dan pembuatan penyumbera­n luar kepada sokongan kejurutera­an dan perkhidmat­an bekalan dan sokongan bahan.

Jelasnya, sejak ketegangan perdaganga­n As-china memuncak ketika pentadbira­n di bawah bekas Presiden AS, Donald Trump, sebilangan besar syarikat multinasio­nal asing (MNC) asing memindahka­n kemudahan pembuatan mereka keluar dari Asia Timur untuk memastikan gangguan minimum kepada pengeluara­n dan bekalan mereka kepada pelanggan kerana pelbagai sekatan yang dikenakan.

“Pada pandangan kami, Strategi China Plus One (C+1) ini untuk mempelbaga­ikan perniagaan di luar China untuk memintas sekatan perdaganga­n tertentu mendapat manfaat ASEAN,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia