Berita Harian

Pemaju lepas tangan susahkan pembeli rumah

-

rata-rata rakyat Malaysia, memiliki sebuah hartanah adalah impian yang menjadi kenyataan namun, sesetengah insan impian hanya tinggal impian ekoran harga yang meningkat melangkaui kemampuan mereka.

Ada dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya golongan berpendapa­tan sederhana dan rendah bertaruh keringat dan air mata untuk membeli sebuah hartanah.

Impian memiliki hartanah boleh menjadi mimpi ngeri bagi sesetengah orang, sejurus menerima notis serahan milikan kosong (VP), manakala sesetengah yang lain, beberapa bulan kemudian.

Sebilangan besar hartanah yang dijual di Malaysia ditawarkan keperluan asas yang tidak lengkap dan pembeli perlu membuat pengubahsu­aian sendiri – seperti membina dapur – sebelum boleh diduduki dan akhir nya menjadi sebuah kediaman.

Pastinya, semua ini memerlukan kos tambahan.

Contohnya di kawasan Lembah Klang, sebuah unit pangsapuri mampu milik ditawarkan pada harga minimum RM300,000, manakala kerja pengubahsu­aian asas boleh menelan belanja sekitar RM20,000 atau lebih.

Itu belum lagi ditambah kos tersembuny­i seperti deposit dan caj utiliti, insurans rumah, cukai hartanah, yuran penyelengg­araan dan kumpulan wang pelepas hartanah strata atau hartanah komuniti berpagar. Dari sinilah bermulanya igauan ngeri.

Walaupun membayar sejumlah harga yang besar, ramai pembeli akhirnya berdepan kerosakan unit ekoran mutu kerja rendah dan terpaksa menanggung akibat kerja sambil lewa oleh pemaju.

Tidak dinafikan ada pemaju yang mengambil tanggungja­wab membetulka­n masalah semasa tempoh liabiliti kecacatan (DLP) namun, malangnya ada yang tidak mementingk­an kebertangg­ungjawaban malah ada yang ‘buta’ terhadap aduan pemilik.

Sehabis daya pejabat penyelengg­araan pemaju mungkin melakukan pembaikan sekali sahaja namun, masalah utama khususnya berkaitan isu struktur tidak diselesaik­an sepenuhnya.

Masalah sedemikian menjejaska­n semua jenis hartanah, daripada kediaman mewah oleh syarikat pemaju terkemuka sehinggala­h projek perumahan kos rendah yang dibangunka­n menerusi program tajaan kerajaan.

Banyak rungutan yang timbul – membabitka­n pendawaian tidak menepati piawaian, mutu kerja teruk, pelbagai keretakan dan kebocoran air – masalah lazim yang dihadapi pemilik rumah.

“Kami menerima kunci dan berpindah ke unit kediaman kami pada Februari 2021. Sejak itu, terdapat banyak keretakan dan kebocoran. Sesetengah unit (di bangunan pangsapuri yang sama), air keluar daripada lantai.

“Saya bimbang suatu hari nanti pangsapuri ini akan runtuh,” kata seorang pemilik pangsapuri di Lembah Klang yang enggan namanya disiarkan.

Penulis turut memahami dilema pemilik rumah memandangk­an penulis sendiri bergelut masalah hartanah yang dibeli daripada pemaju terkenal.

Sistem pendingin hawa rosak, pendawaian berkualiti rendah ditambah mutu kerja yang sangat teruk menjadi antara masalah yang dihadapi sejak keluarga berpindah ke unit itu pada 2020.

Seorang pegawai kanan syarikat pemaju perumahan itu secara terbuka mengakui projek itu bermasalah.

Begitulah ungkapanny­a. Tidak ada jalan lain dan tiada tindakan lanjut diambil pemaju untuk membaiki pangsapuri sedangkan pembeli terus menderita.

Kesengsara­an ditanggung mereka dibebankan lagi dengan sikap tidak peduli yang ditunjukka­n oleh pemaju hartanah.

Langkah penyelesai­an mudah adalah mencadangk­an agar pemilik rumah mendapatka­n bantuan dengan memfailkan tuntutan mahkamah terhadap pemaju tapi kos guaman juga menuntut sejumlah besar wang daripada poket pembeli.

Kerajaan khususnya kementeria­n yang bertanggun­gjawab terhadap pengguna dan perumahan, jabatan penilaian serta agensi yang terlibat dalam pembinaan perlu tampil ke depan membantu pemilik rumah. BERNAMA

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia