Berita Harian

Pernas sedia RM4J bantu industri francais Sarawak

- BERNAMA

(Pernas) sebagai agensi di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (Kuskop) memperuntu­kkan sebanyak RM4 juta untuk memperkuku­hkan lagi industri francais di Sarawak.

Dalam satu kenyataan, kementeria­n itu berkata peruntukan itu dibuat di bawah program Bizfrancai­s dengan kerjasama Kementeria­n Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Sarawak (MYSED), yang mana negeri itu adalah lokasi pertama bagi siri jelajah program untuk tahun ini.

“Pernas sudah membiayai lebih RM10 juta kepada usahawan Sarawak, yang mana lebih daripada 15 jenama francais dan prafrancai­s tempatan dibangunka­n dengan bantuan Pernas sejak 2004,” katanya.

Kenyataan berkenaan dikeluarka­n sempena majlis perasmian Program Bizfrancai­s Sarawak 2024 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat, semalam.

Turut hadir pada majlis itu adalah Setiausaha Bahagian Pembanguna­n Francais dan Vendor KUSKOP, Chek Zainuddin Chek Jusoh; Timbalan Setiausaha Tetap MYSED, Dolhadi Marzuki serta Pengarah Bahagian Pembanguna­n Usahawan dan Komuniti Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC), Nikk Adam Abdillah Kipalli.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Dr Ripin berkata program itu adalah inisiatif berterusan kerajaan Sarawak dalam memperkasa­kan keusahawan­an francais selaras dengan matlamat kementeria­n itu untuk melahirkan usahawan belia unggul menjelang 2030.

Pengurus Besar Bahagian Pembanguna­n Francais Pernas, Mazlan brahim berkata siri jelajah Program Bizfrancai­s ini turut bermatlama­t untuk meningkatk­an pertumbuha­n ekonomi, menjana pendapatan sambil mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan terutamany­a dalam bidang francais.

Pernas menyasarka­n RM50 juta bagi keseluruha­n siri jelajah program Bizfrancai­s pada tahun ini yang turut melibatkan negeri-negeri Pulau Pinang, Pahang dan Sabah. Pada tahun lalu, sebanyak RM25.23 juta telah berjaya disalurkan kepada para usahawan melalui program itu.

Program itu telah diperkenal­kan sejak 2019, yang melibatkan sebanyak 20 siri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia