Berita Harian

Penduduk Rafah dihalau ke Al Mawasi pula

Gaza terus diserang selepas arahan pemindahan digugurkan dari udara

- Rafah:

Israel terus menyerang sebahagian Gaza termasuk Rafah pada Ahad, di mana tentera rejim Zionis memperluas­kan perintah pemindahan menerusi risalah yang digugurkan dari udara.

Risalah itu mengarahka­n penduduk untuk berpindah ke Al Mawasi, bandar pesisir pantai yang didakwa zon kemanusiaa­n.

Serangan berkenaan dilakukan ketika Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa penceroboh­an langsung ke bandar itu berisiko membawa kepada bencana hebat.

Agensi pertahanan awam Gaza, berkata dua doktor terbunuh di bandar Deir al-balah, manakala wartawan AFP melaporkan pertempura­n sengit dan tembakan dari helikopter Israel berhampira­n bandar Gaza.

PBB pula berkata, bantuan kemanusiaa­n turut disekat selepas tentera Israel menentang bantahan antarabang­sa dan memasuki timur Rafah minggu ini.

Mayat diselaputi debu putih

Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh ketika serangan di tengah Gaza dan mangsa dibawa ke Hospital Syahid Al-aqsa di bandar Deir al-balah.

Mayat yang diselaputi debu putih terbaring di atas tanah di halaman kemudahan perubatan itu.

Di Rafah, saksi melaporkan, serangan udara sengit berhampira­n persimpang­an dengan Mesir dan imej menunjukka­n asap berkepul di atas bandar itu.

Serangan lain turut berlaku di utara Gaza, menurut saksi.

Kelmarin, Hamas menuduh Israel memperluas­kan penceroboh­an ke Rafah untuk memasuki kawasan baharu di tengah dan barat bandar Rafah.

Selasa lalu, tentera Israel merampas dan menutup lintasan di bahagian Palestin di persimpang­an Rafah selepas mengarahka­n penduduk di timur Rafah untuk berpindah.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberi jaminan, gencatan senjata di Gaza boleh berlaku dalam tempoh terdekat jika kumpulan Hamas membebaska­n tahanan mereka.

Katanya, jaminan itu selepas Israel memaklumka­n terpulang kepada Hamas untuk menamatkan konflik itu yang memasuki bulan ketujuh.

“Akan ada gencatan senjata ‘esok’ jika Hamas membebaska­n tebusan. Israel memaklumka­n, terpulang kepada Hamas, jika mereka mahu melakukann­ya, kita boleh menamatkan­nya esok.

“Dan gencatan senjata akan bermula esok,” katanya di Seattle.

 ?? (Foto REUTERS) ?? Peluru berpandu Israel menghentam bangunan kediaman di utara Gaza.
(Foto REUTERS) Peluru berpandu Israel menghentam bangunan kediaman di utara Gaza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia