Berita Harian

Lebih 150,000 rakyat Palestin tinggalkan Rafah

-

Agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin (UNRWA) pada Sabtu, berkata kira-kira 150,000 rakyat Palestin sudah meninggalk­an Rafah, bandar selatan Gaza di mana penceroboh­an Israel sedang dijalankan walaupun mendapat bantahan antarabang­sa.

“Di mana-mana sahaja anda melihat sekarang di barat Rafah, keluarga sedang berkemas. Jalanjalan lebih kosong.

“UNRWA menganggar­kan lebih 150,000 orang kini sudah melarikan diri dari Rafah. Arahan untuk kawasan baharu dikeluarka­n bagi pemindahan ke Rafah tengah di selatan Gaza dan Jabalia di Gaza utara,” kata jurucakap UNRWA, Louise Wateridge di X merujuk kepada arahan tentera Israel pada pagi Sabtu.

Israel menyerang Semenanjun­g Gaza sebagai tindakan balas terhadap penceroboh­an rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Oktober yang mengorbank­an kirakira 1,200 orang.

Hampir 35,000 rakyat Palestin, kebanyakan­nya wanita dan kanak-kanak terbunuh dan ramai lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin.

Kawasan Gaza yang luas turut runtuh di tengah-tengah sekatan makanan dan keperluan lain yang melumpuhka­n.

Menjelang serangan daratnya, tentera Israel pada minggu ini mengeluark­an arahan pemindahan untuk 100,000 orang di timur Rafah, yang menempatka­n kira-kira 1.4 juta penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal.

Israel didakwa melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabang­sa (ICJ).

Keputusan sementara pada Januari adalah ‘masuk akal’ bahawa Tel Aviv melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, mengarahka­nnya menghentik­an perbuatan itu dan mengambil langkah untuk menjamin bantuan kemanusiaa­n diberikan kepada orang awam.

Afrika Selatan pada Jumaat pula meminta ICJ mengarahka­n Israel berundur dari Rafah sebagai sebahagian daripada langkah kecemasan tambahan berhubung perang itu. AGENSI

 ?? (Foto REUTERS) ?? Penduduk Palestin bersiap untuk berpindah selepas rejim Zionis terus melancarka­n serangan udara dan darat di Rafah.
(Foto REUTERS) Penduduk Palestin bersiap untuk berpindah selepas rejim Zionis terus melancarka­n serangan udara dan darat di Rafah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia