Berita Harian

Protes tuntut pembebasan tahanan Israel ke jalanan

- AGENSI

Ribuan rakyat Israel turun ke jalan bagi menuntut kerajaan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu bertindak bagi memastikan pembebasan tebusan yang ditahan di Semenanjun­g Gaza.

Ahli keluarga tebusan membawa gambar mereka yang masih dalam tahanan dan menyertai orang ramai dalam berdemonst­rasi di Tel Aviv.

Salah seorang daripada mereka, Naama Weinberg, di mana sepupunya, Itai Svirsky diculik dan menurut pihak berkuasa Israel, dibunuh dalam tahanan.

Beliau merujuk kepada video

Hamas yang mendakwa seorang lagi tawanan Israel meninggal dunia.

“Tidak lama lagi, mereka yang berjaya bertahan selama ini tidak akan lagi berada dalam kalangan yang hidup. Mereka mesti diselamatk­an sekarang,” kata Weinberg.

Beberapa penunjuk perasaan menyekat lebuh raya utama di bandar itu sebelum disuraikan oleh anggota polis, yang menggunaka­n meriam air.

Sekurang-kurangnya tiga orang ditahan dalam tunjuk perasaan itu.

Kelmarin, Hamas menerusi rakaman video memberitah­u seorang tebusan Israel-british meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami akibat serangan udara Israel.

Maut akibat serangan Zionis

Briged Ezzedine Al-qassam, mengeluark­an klip berdurasi 11 saat yang menunjukka­n tawanan Nadav Popplewell masih hidup dan mengenal pasti dirinya.

Kumpulan kempen Forum Tebusan dan Keluarga Hilang mengenal pasti beliau dalam satu kenyataan.

Dalam video itu, rakaman berkenaan disertai teks dalam bahasa Arab dan Ibrani yang berbunyi ‘masa semakin suntuk, kerajaan anda berbohong’.

Memakai kemeja-t putih dan dilihat bercakap dalam keadaan terpaksa, dia memperkena­lkan dirinya sebagai Popplewell, 51, dari kibbutz Nirim di selatan Israel.

Hamas juga mengeluark­an versi penuh video dari mana klip awal itu diambil.

Anggota pejuang itu mendakwa, dalam video berkenaan

Popplewell meninggal dunia pada Sabtu akibat kecederaan­nya.

“Nadav Popplewell, seorang warganegar­a Britain, meninggal dunia selepas cedera parah sebulan lalu akibat serangan udara Zionis,” menurut teks dalam bahasa Inggeris.

Jurucakap Briged Ezzedine Al-qassam, Abu Obeida dalam satu kenyataan berasingan berkata, kesihatan Popplewell merosot kerana dia tidak menerima rawatan perubatan intensif selepas musuh memusnahka­n hospital di Semenanjun­g Gaza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia