Berita Harian

80 mayat dalam tiga kubur besar di hospital Al-shifa

Penemuan terbaharu selepas pengundura­n tentera Zionis dari bandar Gaza

-

Kira-kira 80 mayat ditemui dalam tiga kubur besar di pekarangan Kompleks Perubatan Al-shifa di bandar Gaza.

Pertambaha­n jumlah penemuan kubur besar itu sejak Israel mengundurk­an tenteranya dari kompleks berkenaan, dua bulan lalu.

Sumber perubatan di Gaza berkata, setakat ini, lebih 520 mayat ditemui di tujuh kubur besar di hospital seluruh Semenanjun­g Gaza.

Kubur terbabit ditemui sejak beberapa bulan lalu selepas pengundura­n tentera Israel dari Kompleks Perubatan Al-shifa, Kompleks Perubatan Nasser, Hospital Kamal Adwan dan pusat perubatan lain.

Majoriti mangsa adalah pesakit yang tidak mendapat rawatan perubatan.

“Kami menemui mayat dihancurka­n oleh kenderaan tentera Israel dan kepala tanpa badan di dalam kubur besar di pekarangan Kompleks Shifa,” katanya.

Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menekankan kepentinga­n memelihara bukti kubur besar di Semenanjun­g Gaza, dengan menyatakan bahawa tidak jelas bila siasatan diminta akan dilakukan.

Siasatan belum bermula

Ditanya mengenai bukti menunjukka­n beberapa mangsa ditanam hidup-hidup dalam kubur besar di Hospital Nasser di Khan Younis di selatan Gaza dan apa yang perlu dilakukan dengan bukti sedemikian, jurucakap PBB, Stephane Dujarric memberitah­u pada sidang media bahawa penting untuk semua bukti forensik adalah baik, terpelihar­a.

Memetik gesaan PBB untuk siasatan antarabang­sa ke atas kubur besar itu, Dujarric berkata, ‘bagaimana akan berlaku, ia tidak jelas pada masa ini’.

“Beberapa unit undang-undang PBB mempunyai kuasa untuk memulakan siasatan, tetapi itu masih belum berlaku,” katanya.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahka­n jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan tentera Israel sejak 7 Oktober lalu meningkat kepada 34,971 dengan tambahan 78,641 individu mengalami kecederaan.

Majoriti mangsa adalah golongan

wanita dan kanak-kanak.

Sementara itu, pasukan ambulans dan penyelamat masih tidak dapat sampai kepada mangsa dan mayat yang terperangk­ap di bawah runtuhan atau bertaburan di jalan raya merentasi kawasan yang dilanda perang. Ia berikutan tindakan pasukan pendudukan Israel yang terus menghalang pergerakan dan pasukan ambulans dan pertahanan awam. AGENSI

 ?? (Foto AFP) ?? Kemusnahan akibat serangan Israel di Kompleks Perubatan Al-shifa di bandar Gaza pada 8 Mei lalu.
(Foto AFP) Kemusnahan akibat serangan Israel di Kompleks Perubatan Al-shifa di bandar Gaza pada 8 Mei lalu.
 ?? ?? Stephane Dujarric
Stephane Dujarric

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia