Berita Harian

Arab Saudi uji teksi terbang, dron angkut jemaah haji

Saudia cadang beli 100 pesawat ulang-alik antara Jeddah ke Makkah

-

Arab Saudi akan menguji perkhidmat­an ‘teksi terbang’ dan dron sebagai mod pengangkut­an baharu pada musim haji tahun ini.

Menteri Pengangkut­an dan Logistik Arab Saudi, Saleh Al-jasser, berkata negara itu akan menyediaka­n teknologi, alat pengangkut­an yang lebih fleksibel dan pantas pada musim haji untuk memudahkan perjalanan jemaah.

“Ini mewakili mod pengangkut­an yang sangat maju, termasuk perkhidmat­an teksi terbang. Terdapat perlumbaan antara banyak syarikat, khususnya dalam sektor pengangkut­an untuk menyediaka­n cara pengangkut­an terbaik pada tahun-tahun akan datang.

“Jadi, kita perlu berada di barisan hadapan untuk mendapat manfaat daripada perkhidmat­an ini,” kata Al-jasser kepada Al-arabiya.

Awal tahun ini, Saudi Arabian Airlines (Saudia) merancang mengendali­kan teksi terbang untuk membawa jemaah haji dari Lapangan Terbang Antarabang­sa King Abdulaziz di Jeddah ke hotel di Makkah.

Saudia bercadang membeli kira-kira 100 pesawat untuk mengendali­kan perkhidmat­an itu.

Syarikat penerbanga­n nasional Saudi itu membuat persiapan untuk menggunaka­n teksi udara sebagai mod pengangkut­an baharu pada musim haji tahun ini, menurut Pengarah Komunikasi Korporat dan jurucakap Kumpulan Saudia, Abdullah Al-shahrani.

Guna kuasa elektrik

Al-shahrani dilaporkan berkata, Kumpulan Saudia bersetuju membeli 100 jet Lilium, pesawat lepas landas dan pendaratan menegak elektrik Jerman (EVTOL), untuk ulang-alik antara lapangan terbang Jeddah dan hotel Makkah berhampira­n Masjidil Haram dan

tempat suci lain.

“Pesawat elektrik Lilium antara pesawat pertama yang beroperasi sepenuhnya menggunaka­n kuasa elektrik.

“Selepas menyelesai­kan urusan diperlukan, pesawat ini akan terbang bersama tetamu Allah pada musim haji dari Lapangan Terbang Antarabang­sa King Abdulaziz di Jeddah ke lapangan terbang di hotel berhampira­n Masjidil Haram di Makkah.

Al-shahrani menyatakan teksi terbang boleh mengangkut empat hingga enam penumpang.

“Pesawat Lilium dicirikan oleh kadar pelepasan karbon yang rendah

dan adalah pesawat mesra alam, menjadikan­nya antara kemungkina­n untuk mengekalka­n perjalanan udara dan memendekka­n masa penerbanga­n, kerana meliputi jarak maksimum 250 kilometer (km).

Sementara itu, Pihak Berkuasa Am Jalan di Arab Saudi mengumumka­n projek menaik taraf jalan sepanjang 4,000 kilometer (km) untuk jemaah haji sudah disiapkan secara menyeluruh.

“Ia membabitka­n kerja menaik taraf jalan sepanjang 4,000km bagi memastikan pengalaman yang lancar dan selesa untuk jemaah haji,” katanya. AGENSI

 ?? (Foto ihsan @Lilium/x) ?? Perkhidmat­an ‘teksi terbang’ yang akan membawa jemaah haji antara Jeddah dan Makkah.
(Foto ihsan @Lilium/x) Perkhidmat­an ‘teksi terbang’ yang akan membawa jemaah haji antara Jeddah dan Makkah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia