Berita Harian

22 maut banjir kilat, aliran lava sejuk di Sumatera Barat

- AFP

Sekurang-kurangnya 22 orang maut, termasuk kanak-kanak, manakala tujuh cedera dan dua lagi dilaporkan masih hilang akibat banjir kilat dan aliran lava sejuk dari gunjung berapi yang melanda daerah Agam, Padang dan Tanah Datar di Sumatera Barat pada Sabtu.

Di Agam, bencana itu menyebabka­n 15 kematian dengan 11 mangsa di mukim Canduang dan empat di mukim Sungai Pua, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Bencana itu melanda Agam dan Tanah Datar selepas hujan lebat beberapa jam, mencetuska­n banjir kilat dan aliran lava sejuk dari Gunung Marapi, menurut agensi mencari dan menyelamat Basarnas.

Lava sejuk adalah bahan gunung berapi seperti abu, pasir dan kerikil yang dibawa turun ke cerun gunung berapi oleh hujan.

Pihak berkuasa menghantar pasukan penyelamat dan bot untuk mencari mangsa yang hilang dan membawa orang ramai ke tempat perlindung­an.

Kerajaan tempatan menubuhkan pusat pemindahan dan pos kecemasan di beberapa tempat di dua daerah itu.

Ketua agensi penyelamat tempatan, Abdul Malik dalam satu kenyataan, berkata mayat mangsa yang ditemui sudah dihantar ke hospital dan pencarian mereka yang hilang masih dilakukan di daerah Agam.

“Mayat yang ditemui termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dan lapan tahun. Hari ini (semalam), kami akan meneruskan pencarian di dua daerah itu,” katanya.

Sementara itu, jurucakap BNPB, Abdul Muhairi, berkata 90 bangunan termasuk rumah ditenggela­mi air di Nagari Bukik

Batabuah, Canduang dan 60 penduduk dipindahka­n ke sebuah pusat perlindung­an di Nagari Koto Tuo, Koto.

“Operasi menyelamat masih diteruskan di mukim terjejas termasuk Canduang, Sungai Pua dan Koto susulan hujan lebat pada 9 malam waktu tempatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Di daerah Tanah Datar, beliau berkata, tujuh orang terkorban dan sedang menjalani proses pengecaman di sebuah hospital tempatan berikutan banjir pada Sabtu, yang menjejaska­n 25 keluarga, 24 rumah dan 12 jambatan.

Abdul Muhairi berkata, seorang mangsa ditemukan selamat, manakala dua lagi masih hilang selepas banjir melanda bandar Padang akibat hujan lebat sehingga menyebabka­n air Sungai Lubuk Mata Kucing melimpah pada jam 10 malam waktu tempatan.

Agensi Meteorolog­i, Klimatolog­i dan Geofizik (BMKG) Indonesia mengeluark­an amaran waspada dengan keadaan cuaca ekstrem iaitu hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di beberapa kawasan semalam.

Kawasan itu termasuk Sumatera Barat, Aceh, Sumatera Utara, Riau, Kepulauan Riau, Bengkulu, Jambi, Sumatera Selatan, Kepulauan Bangka Belitung, Lampung, Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah.

 ?? (Foto AGENSI) ?? Gambar diambil menggunaka­n dron menunjukka­n banjir dan aliran lava sejuk melanda sebuah kawasan kampung di Simpang Manunggal, Kecamatan Lima Kaum, Tanah Datar.
(Foto AGENSI) Gambar diambil menggunaka­n dron menunjukka­n banjir dan aliran lava sejuk melanda sebuah kawasan kampung di Simpang Manunggal, Kecamatan Lima Kaum, Tanah Datar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia