Berita Harian

‘Kami belum mati, mana royalti album kami?’

Amy Search mahu ambil tindakan undang-undang jika Din, Kid terus mendiamkan diri

- Oleh Farihad Shalla Mahmud farihad@bh.com.my

Apa yang dilakukan adalah contoh tak baik. Kalau dulu, kami berkempen soal isu cetak rompak, tapi hari ini rakan sendiri yang rompak hasil titik peluh bersama

Kemelut kumpulan rock ikonik legenda, Search dan bekas rakan sekumpulan Din dan Kid semakin berpanjang­an apabila timbul isu baharu berkaitan royalti album.

Vokalis Search, Datuk Amy berang dengan tindakan pemain gitar adik-beradik itu. Bukan sahaja mengeluark­an album Rockology Search: Kid’din Collection tanpa pengetahua­n band, malah turut mempersoal­kan royalti album yang sepatutnya menjadi hak bersama.

Sehubungan itu, Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 66, meminta penjelasan daripada Din dan Kid yang didakwa ‘membisu’ soal pengagihan royalti yang difahamkan sudah diterima.

“Saya nak tanya Din dan Kid, mana kami punya royalti album yang kalian jual? Itu hak kami termasuk anak dan isteri Allahyarha­m Yazit.

“Kau jual album, satu dokumen pun tiada. Kami satu sen pun tak dapat, sedangkan kontrak digital yang ditandatan­gani, kalian turut dapat bahagianny­a.

“Banyak benda yang mereka langgar dan tidak menghormat­i kami, sedangkan mereka tahu tindakan itu salah.

Paling tak seronok, mereka cakap kepada seorang rakan saya, agihan royalti yang hendak diberikan kepada kami mengikut belas kasihan mereka.

“Album berkenaan terkandung lagu-lagu yang kami mainkan bersama. Mereka sudah melanggar Akta Hak Cipta dan bagaimana nak bayar royalti kami, sedangkan tiada perjanjian membabitka­n saya, Nasir dan waris Allahyarha­m Yazit,” tegas Amy dalam nada kecewa.

Amy ditemui pada majlis Jamuan Hari Raya Go Search Internatio­nal di Villa Zamara, Sungai Penchala, di ibu negara, baru-baru ini.

Sudah penat dengan kerenah Din dan Kid, Amy memaklumka­n, dia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika mereka terus mendiamkan diri mengenai isu royalti album berkenaan.

“Saya akan berbincang dengan peguam mengenai perkara ini.

“Saya juga tak halalkan. Kami juga berhak dapat royalti siri album yang dikeluarka­n tanpa pengetahua­n saya dan Nasir,” ujar penyanyi Fantasia Bulan Madu ini.

Difahamkan, album Rockology Search: Kid’din Collection Series hanya dikeluarka­n sebanyak 500 unit dan mula dijual secara dalam talian sejak November 2021 dengan harga RM299.

Ia mengandung­i antaranya cakera padat (CD) berkembar mengandung­i 22 lagu Search yang dipilih sendiri oleh Din dan Kid.

Dalam pada itu, Amy mendakwa, perbuatan Din dan Kid seolah-olah seperti kacang lupakan kulit kerana mudah melupakan jasa rakan seperjuang­an yang banyak membantu ketika dalam kesempitan.

“Masa zaman pandemik COVID-19 mereka beritahu mengenai kesukaran hidup dan perlukan bantuan kewangan.

“Nasir cuba bantu dengan mendapatka­n kontrak digital dan bayaran penjualan merchandis­e sehingga setiap seorang berjaya peroleh sekitar RM50,000.

“Tapi, bila mereka keluarkan album, tiada royalti untuk kami dan tiada sebarang perjanjian dibuat.

“Apa yang dilakukan adalah contoh tak baik. Kalau dulu, kami berkempen soal isu cetak rompak, tapi hari ini rakan sendiri yang rompak hasil titik peluh bersama.

“Hari ini, saya masih hidup lagi, tapi kalau esok lusa kalau saya sudah tiada, takkan anak dan isteri nak pergi jumpa mereka.

“Jika anak arwah Yazit pun tak dapat, apatah lagi, saya,” ujarnya.

Banyak bercerita buruk

Pada sidang media sama, Amy turut berkongsi pengakuan vokalis ‘sementara’ Kid dan Din iaitu Denden Gonzales yang mendakwa dua beradik itu banyak bercerita buruk mengenainy­a, selain tidak bercakap benar. “Denden beritahu ketika kali pertama tiba di Malaysia, dia tak tahu yang saya sudah keluar daripada band itu.

“Setiap kali diajukan pertanyaan mengenai ketiadaan saya, mereka selalu beri alasan sehinggala­h akhirnya mengaku saya sudah keluar band terbabit.

“Denden beritahu saya mereka kata saya sudah tua dan tak boleh menyanyi lagi. Disebabkan itu, Denden mengatakan pembabitan­nya sebagai vokalis kumpulan sebagai ‘terperangk­ap’ kerana menyangkak­an dapat berkongsi pentas dengan saya.

“Ketika bersembang dengannya menerusi panggilan video tempoh hari, Denden juga beritahu sudah keluar daripada band itu,” dakwanya.

Sementara itu, Amy turut menafikan bakal bekerjasam­a dengan Denden dalam konsert yang bakal diumumkan, tidak lama lagi.

“Memang ada yang bertanya mengenai perkara ini, tapi kami tak bincang apa-apa lagi. Denden banyak meluahkan rasa kagumnya terhadap saya selaku vokalis Search.

“Malah, ketika Denden memuat naik gambar bersama saya di Instagram, Din terus menghubung­inya.

“Saya ada beritahu kepada Denden apa yang dikongsika­n ini pasti akan ditanya wartawan, namun Denden berpesan, teruskan sahaja jika saya berkongsi cerita benar,” jelas Amy.

Selepas berpecah, Search kini terbahagi dua iaitu dianggotai Amy, Nasir Daud (bes), Man Kidal (gitar) dan Hillary Ang (gitar) dan satu lagi dianggotai Din dan Kid.

 ?? (Foto Rohanis Shukri/bh) ?? Amy berang tindakan Din dan Kid hasilkan album Rockology Search: Kid'din Collection tanpa pengetahua­n dan mempersoal­kan royalti album yang menjadi hak bersama.
(Foto Rohanis Shukri/bh) Amy berang tindakan Din dan Kid hasilkan album Rockology Search: Kid'din Collection tanpa pengetahua­n dan mempersoal­kan royalti album yang menjadi hak bersama.
 ?? ?? Denden
Denden

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia