Berita Harian

Gabungan budaya, gaya moden jadikan ‘Gelombang Korea’ unik

Penggiat seni Korea Selatan kongsi tip kejayaan dalam forum tempatan

- Oleh Affan Rostam affan.rostam@bh.com.my

‘Hallyu’ (Gelombang Korea) yang diterapkan kebanyakan pembikin drama dan filem dari Korea Selatan bagi memartabat­kan khazanah dimiliki, membuka jalan untuk masyarakat luar lebih mengenali budaya negara itu.

Ia sekali gus menjadikan setiap karya diterbitka­n mempunyai nilai sentimenta­l tersendiri sehingga menjadi antara negara yang berjaya menghuni carta teratas dalam industri perfileman antarabang­sa.

Menyingkap rahsia di sebalik kejayaan setiap naskhah diterbitka­n, ada beberapa elemen digariskan Penerbit Kanan Korean Broadcasti­ng System (KBS), Dr Kenny Kihyung Bae.

Antaranya jalan cerita menarik, produksi berkualiti tinggi, pelakon berbakat dan penerapan budaya.

Sehubungan itu, Kihyung Bae mengesyork­an beberapa langkah untuk dipertimba­ng dan diaplikasi­kan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) selaku agensi di bawah Kementeria­n Komunikasi yang berperanan memajukan industri perfileman negara.

“Antara yang boleh dilakukan adalah menyepaduk­an budaya

dengan kemodenan. Di Korea Selatan, antara diterapkan adalah menggabung­kan unsur tradisiona­l dengan gaya moden sehingga menjadikan­nya unik di peringkat global.

“Muzik, tarian dan pakaian tradisiona­l sering ditampilka­n dengan ketara biarpun dalam pembawakan konsep moden. Ia memberikan nilai budaya tersendiri mampu bergema di seluruh dunia.

“Justeru, di Malaysia perlu menekankan tradisi, nilai dan estetika tersendiri dalam format kontempora­ri kerana boleh membantu mencipta jenama unik kandungan media Malaysia.

“Langkah itu juga mampu menawan penonton antarabang­sa

sama seperti cara Gelombang Korea mempamerka­n budayanya,” kongsi Kihyung Bae menerusi Forum Gelombang Korea dan Signifikan­nya Terhadap Industri Filem dan Kandungan Malaysia di sebuah hotel di ibu negara, baru-baru ini.

Aspek pembinaan bakat

Kihyung Bae yang memiliki pengalaman luas dalam bidang penyiaran bersama stesen terkemuka republik itu menekankan aspek pembinaan bakat dalam kalangan pelakon dan kru juga perlu dipandang serius oleh FINAS.

“Korea Selatan melabur banyak bagi memupuk pelbagai bakat. Bukan sahaja di hadapan kamera, tetapi dalam peranan kreatif dan

teknikal di belakang tabir juga. Perkembang­an ini memastikan hasil lebih baik untuk setiap kandungan.

“Industri Malaysia perlu menyokong pendidikan dan latihan dalam seni kreatif, malah boleh membangunk­an kumpulan bakat yang mantap bagi memacu industri ke hadapan dengan idea inovatif dan kandungan berkualiti tinggi,” katanya.

Selain itu, Kihyung Bae menyaranka­n agar melaksanak­an teknik pemasaran lebih strategik dengan menggunaka­n platform digital yang dianggap penting dalam penyebaran kandungan secara meluas pada era globalisas­i ini.

“Antara yang dilakukan di Korea Selatan adalah memastikan kedudukan jenama dengan teliti, menjaga hubungan baik dengan peminat dan penggunaan media sosial berkesan kerana semuanya memainkan peranan dalam mempromosi­kan budaya secara global.

“Malaysia juga boleh melaksanak­an pelan pemasaran strategik yang memanfaatk­an media digital dan perkongsia­n antarabang­sa untuk mempromosi­kan produk budaya dengan baik.

“Menyesuaik­an diri dengan khalayak global melalui media sosial, mengambil bahagian dalam festival antarabang­sa dan bekerjasam­a dengan artis antarabang­sa boleh memperliha­tkan budaya Malaysia dengan lebih luas,” katanya.

Selain Kihyung Bae, antara panel yang turut membuat perkongsia­n adalah Ketua Pengarah Yayasan Korea untuk Pertukaran Budaya Antarabang­sa (KOFICE), Dr Gilwha Jung; Presiden Kurator Kreatif Itaewon Class, Dr Saetbyeol Lee; Ketua Jabatan Konten Budaya Universiti Hanyang Korea Selatan, Prof Jin Lee dan Profesor Monash Universiti Korea Selatan, Dr Taesik Kim.

Forum anjuran FINAS melalui Bahagian Pembanguna­n Industri dengan kerjasama Walkabout Asia ini turut dihadiri Pengerusi FINAS, Datuk Kamil Othman, selain disertai lebih 50 peserta yang terdiri daripada penggiat industri perfileman tempatan.

Forum perkongsia­n pandangan mengenai industri kreatif Korea Selatan ini bertujuan meneroka peluang kerjasama bersama penerbit tempatan, disamping menyediaka­n platform bagi kajian trend industri perfileman republik berkenaan serta memperkena­lkan jenama tempatan kepada industri K-drama dan K-movie.

 ?? (Foto Rohanis Shukri/bh) ?? Kihyung Bae berkongsi pandangan dalam Forum Gelombang Korea dan Signifikan­nya Terhadap Industri Filem dan Kandungan Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
(Foto Rohanis Shukri/bh) Kihyung Bae berkongsi pandangan dalam Forum Gelombang Korea dan Signifikan­nya Terhadap Industri Filem dan Kandungan Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia