Berita Harian

Sterling, Jackson selamatkan Chelsea di Nottingham

-

Nottingham: Jaringan lewat permainan oleh Raheem Sterling dan Nicolas Jackson memberikan Chelsea kemenangan 3-2 di Nottingham Forest.

Mykhailo Mudryk turut menjaringk­an gol untuk Chelsea, yang kini di tangga ketujuh dengan dua perlawanan berbaki dan berpeluang layak ke pentas Eropah musim depan.

Dengan satu perlawanan berbaki di Burnley yang sudah tersingkir, Forest kini berada di tangga ke-17 dan tiga mata di atas Luton Town, tetapi dengan perbezaan jaringan yang tinggi.

Chelsea, yang memenangi tiga aksi terakhir Liga Perdana Inggeris selepas kempen tidak konsisten, akan bertandang ke Brighton & Hove Albion pada Rabu sebelum melayan kunjungan Bournemout­h pada 19 Mei.

“Perkara terbaik ialah kami sentiasa yakin hingga ke akhir, bola sepak adalah tentang perjuangan.

“Penting bagi pasukan untuk menamatkan musim di kedudukan terbaik, dan berharap dapat memulakan musim depan dengan baik sekali,” kata Pochettino.

Chelsea membuka jaringan pada minit keenam apabila Cole Palmer melorong bola kepada Mudryk. Dengan umpanan gol itu, Palmer menyertai Ollie Watkins dari Aston Villa untuk pembabitan terbanyak gol liga dengan 31.

Jaringan Wily Boly pada minit ke-16 dan Callum Hudson-odoi (m-74) menceriaka­n penyokong tuan rumah di City Ground, dengan Forest memerlukan hanya satu mata untuk mengesahka­n kekal di Liga Perdana Inggeris selepas West Ham menewaskan Luton.

Namun, Sterling menjaringk­an gol penyamaan pada minit ke-80 dan Jackson meledak gol kemenangan dua minit kemudian selepas menanduk hantaran lintang Reece James - yang bermain buat kali pertama selepas lima bulan kerana kecederaan. REUTERS

 ?? (Foto AFP) ?? Jackson menjaringk­an gol ketiga pasukannya ketika menentang Nottingham Forest di The City Ground dekat Nottingham.
(Foto AFP) Jackson menjaringk­an gol ketiga pasukannya ketika menentang Nottingham Forest di The City Ground dekat Nottingham.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia