Berita Harian

Man City semakin hampir cipta rekod

Juara empat kali berturut-turut jika menang baki dua perlawanan

-

Manchester City semakin hampir bergelar pasukan pertama memenangi Liga Perdana Inggeris empat kali berturut-turut apabila membelasah Fulham 4-0 dan memintas seketika Arsenal di puncak liga dengan kelebihan dua mata dan dua perlawanan berbaki buat kedua-dua pasukan.

Burnley terpaksa melupakan saingan liga tertinggi Inggeris itu musim depan selepas tewas 2-1 kepada Tottenham Hotspur, manakala Luton Town hampir pasti tersingkir selepas tewas 3-1 di West Ham United.

Peluang Chelsea untuk layak ke kejohanan Eropah musim depan semakin cerah selepas menewaskan Nottingham Forest 3-2 dan menyamai kutipan mata Newcastle United, apabila pasukan di tangga keenam itu seri 1-1 dengan Brighton and Hove Albion.

Josko Gvardiol meledak dua kali dengan Phil Foden dan Julian Alvarez turut menemui sasaran dalam kemenangan aksi liga ketujuh berturut-turut City.

Skuad kendalian Pep Guardiola kini mendahului liga dengan 85 mata daripada 36 perlawanan.

Arsenal boleh rampas kedudukan

Arsenal yang ketinggala­n dua mata, boleh merampas semula teraju liga dengan menewaskan Manchester United, tetapi jika gagal, City akan muncul juara dengan kemenangan di Tottenham pada Selasa.

“Pemain-pemain hebat menikmati permainan di bawah tekanan tinggi. Pemain ini sejak beberapa tahun lalu berjaya melakukann­ya dan kami sekali lagi berada di kedu- dukan ini pada saat akhir.

“Impian kami, seperti saya katakan beberapa minggu lalu apabila mereka (Arsenal) tewas kepada Aston Villa, ialah untuk tiba di perlawanan terakhir dengan nasib berada di tangan kami sendiri, menentang West Ham di laman sendiri (perlawanan terakhir pada 19 Mei),” kata Guardiola.

City merakam kemenangan ke16 berturut-turut ke atas Fulham dalam semua pertanding­an - rekod tertinggi dalam pertemuan antara dua kelab Inggeris - selepas beraksi cemerlang di Craven Cottage.

Gvardiol membuka jaringan pada minit ke-13 dan Foden melebarkan kedudukan pada minit ke-59. Gvardiol kemudian menolak masuk hantaran Bernardo Silva dan Alvarez melengkapk­an kemenangan dengan penalti dalam masa kecederaan. City kini belum tewas dalam 21 perlawanan liga dan akan memenangi gelaran dengan kemenangan ke atas Tottenham dan West Ham, tanpa dipengaruh­i oleh keputusan Arsenal dalam dua perlawanan terakhirny­a. REUTERS

 ?? ?? Pep Guardiola
Pep Guardiola

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia