Berita Harian

‘Zii Jia miliki mentaliti juara’

Pemain negara diminta lipat ganda usaha dalam capai sasaran emas di Olimpik Paris

- Oleh Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bekas pemain badminton kebangsaan, Datuk James Selvaraj memuji ‘mentaliti juara’ dimiliki pemain perseongan lelaki profesiona­l, Lee Zii Jia yang menetapkan sasaran untuk memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024.

James yang juga bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyifatka­n hasrat disuarakan pemain ranking ke-10 dunia itu adalah sesuatu yang positif bagi meningkatk­an tahap keyakinann­ya menjelang aksi di temasya terbesar dunia itu.

Bagaimanap­un, beliau menegaskan Zii Jia yang juga bekas juara Seluruh England perlu melipat gandakan usaha dalam persiapann­ya menuju ke Olimpik Paris.

“Kita semua tahu bukan mudah untuk memenangi emas di Olimpik dan saya percaya Zii Jia juga tahu di mana kedudukann­ya berbanding dengan pemain utama dunia yang lain.

“Semua pemain pun memasang impian yang sama untuk menang di Olimpik. Jadi, dalam tempoh dua bulan ini, Zii Jia perlu melipat gandakan usaha dan bekerja keras dalam latihan.

“Dia perlu beri komitmen bukan 100 tetapi 150 peratus dalam latihan, dia kena buat ‘extra’ dalam semua yang dilakukann­ya,” kata James kepada BH Sukan.

BH Sukan kelmarin melaporkan Zii Jia enggan sekadar layak ke Sukan Olimpik sebaliknya menetapkan sasaran untuk meraih emas di temasya empat tahun sekali itu.

Sebagai rekod, ini adalah kali kedua berturut-turut Zii Jia layak ke pentas Olimpik selepas membuat kemunculan sulung di Olimpik Tokyo 2020.

Di Tokyo, cabaran Zii Jia berakhir di pusingan 16 terbaik selepas tewas di tangan bintang China, Chen Long dalam pertarunga­n tiga set 21-8, 19-21, 5-21. Menurut James, jurulatih Zii Jia, Wong Tat Meng juga perlu memainkan peranan bagi membantu pemain berkenaan melakukan persiapan menghadapi Olimpik Paris.

“Tat Meng adalah jurulatih yang bagus, saya percaya dia boleh bantu Zii Jia. Dia perlu beri input yang lebih kepada Zii Jia dalam latihan setiap hari.

“Pada masa yang sama, Tat Meng juga perlu memastikan psikologi Zii Jia sentiasa berada pada tahap terbaik. Dia perlu tekankan yang bukan mudah mahu jadi juara kerana ia memerlukan kerja keras dan pengorbana­n yang tinggi,” kata James.

Prestasi tidak menentu

Zii Jia ketika ini dilihat masih bergelut dengan prestasi tidak menentu. Dia gagal melangkah ke separuh akhir dalam mana-mana kejohanan individu sejak muncul juara

Terbuka Artik dan naib juara Terbuka Denmark pada Oktober tahun lalu.

Aksinya di Piala Thomas di Chengdu, China pula menyaksika­n dia berjaya menang ke atas pemain Jepun yang menduduki ranking ke-12, Kenta Nishimoto dan pemain ranking ke15, Lee Cheuk Yiu dari Hong Kong.

 ?? ?? James Selvaraj
James Selvaraj
 ?? ?? Lee Zii Jia
Lee Zii Jia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia