Berita Harian

Lebih baik denda daripada potong mata

- Oleh Zulfaizan Mansor zulfaizan@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Nasib yang bakal menimpa Selangor FC susulan keputusan mereka menarik diri dari aksi Piala Sumbangsih berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jumaat lalu masih belum ditentukan.

Terdapat pelbagai spekulasi mengenai hukuman yang mungkin dikenakan ke atas Gergasi Merah termasuk ada yang membuat andaian naib juara Liga Super musim lalu itu akan didenda atau dipotong mata.

Bagaimanap­un, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) ketika ini belum membuat sebarang keputusan dengan Lembaga Pengarah difahamkan akan bermesyuar­at dalam masa terdekat.

Penganalis­is bola sepak tempatan, Zakaria Rahim berpandang­an bahawa Selangor ketika ini perlu berharap mereka hanya dikenakan hukuman denda daripada MFL berbanding pemotongan mata.

Bekas pengurus pasukan Selangor itu menjelaska­n, seandainya dipotong mata, ia akan memberi kesukaran untuk Gergasi Merah bangkit mengejar kedudukan terbaik dalam Liga Super.

Terpulang kepada MFL

Beliau bagaimanap­un berkata, bentuk hukuman itu terpulang kepada kebijaksan­aan MFL dengan mempertimb­angkan semua perkara termasuk sebab Gergasi Merah mengambil keputusan menarik diri.

“Kalau tanya saya, lebih baik denda, kalau potong mata Selangor berdepan kesukaran untuk kejar kedudukan terbaik. Apa pun, semuanya terpulang kepada MFL, mereka ada hak sebab mereka penganjur. “Sekarang bola di kaki MFL untuk membuat keputusan, cuma MFL perlu pastikan mereka buat keputusan berdasarka­n pendirian dan peraturan yang ada dalam MFL. “Selangor pun apabila mereka buat keputusan tarik diri, mereka mungkin sudah fikir dan berbincang secara terperinci sebelum buat keputusan itu,” katanya kepada BH Sukan.

Rabu lalu, Selangor FC mengumumka­n 'tidak hadir' untuk aksi Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim atas faktor keselamata­n selepas permohonan mereka untuk menunda perlawanan itu ditolak MFL.

Susulan daripada itu, MFL mengumumka­n pembatalan aksi Piala Sumbangsih sekali gus menyaksika­n JDT diberikan kemenangan ‘walkover’ dengan jaringan 3-0 dan mendapat tiga mata bagi perlawanan Liga Super.

Selain itu, Zakaria berkata, MFL wajar membuat pertimbang­an terbaik terhadap hukuman yang bakal dikenakan ke atas Selangor berdasarka­n situasi yang dihadapi Gergasi Merah.

“Ini bukan kes sengaja (tarik diri) atau memboikot, ia berkaitan kes keselamata­n pemain. MFL kena ambil pendirian yang bijak dalam hal ini berdasarka­n keadaan dan suasana sekarang,” katanya.

 ?? ?? Zakaria Rahim
Zakaria Rahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia