Berita Harian

Integrasi AI, RFID, data raya tingkat kecekapan penyasaran subsidi diesel

- Oleh Prof Dr Rusli Abdullah bhrencana@bh.com.my

rasionalis­asi subsidi diesel diperkenal­kan baru-baru ini dijangka membawa penjimatan RM4 bilion kepada kantung kerajaan yang sebelum ini digunakan untuk menampung kos subsidi minyak berkenaan.

Nilai ini boleh dipertingk­atkan lagi jika usaha komprehens­if dilakukan pihak berkepenti­ngan dengan bantuan teknologi terbaru seperti kecerdasan buatan (AI), data raya dan pengenalan frekuensi radio (RFID).

Jika usaha ini dapat digabungka­n dengan sistem maklumat pintar, ia dijangka membantu semua pihak untuk mengurus dan memantau usaha rasionalis­asi subsidi diesel dengan lebih holistik dan bersistema­tik.

Bagi memastikan agenda nasional ini berjaya, peranan AI dan Sistem Agen Pelbagai (MAS) dihubungka­n dengan sistem data raya dilihat sangat penting bagi menyimpan dan mengolah data pengguna berkaitan transaksi minyak secara saintifik.

Pengintegr­asian sistem ini juga dapat berfungsi secara pintar dan mampu membantu pihak berkuasa memantau serta mengawal pelaksanaa­n rasionalis­asi secara sistematik dan pengoperas­ian kendiri seperti sistem peramalan, pemberitah­uan dan amaran.

Selain itu, peranan teknologi RFID mampu menyokong operasi rasionalis­asi minyak sebagai alat untuk pengecaman dan pentafsira­n data pengguna melalui kenderaan diguna pakai pengguna.

Melalui sistem ini, kelayakan pengisian minyak akan dipantau melalui sistem pengesahan, seterusnya dapat mengaktifk­an pam secara automatik bagi membuat transaksi pembelian minyak di mana-mana stesen minyak ditetapkan.

Mungkin terdapat pelbagai isu dan cabaran dalam menggunaka­n teknologi AI, data raya dan RFID sebagai medium untuk membantu agenda rasionalis­asi subsidi minyak negara dan sistem pelaksanaa­nnya.

Isu kemudahan infrastruk­tur bagi menyokong ekosistem agenda ini perkara asas perlu disediakan penyedia perkhidmat­an berbentuk sistem alatan pintar supaya agar ia boleh dicapai dengan mudah.

Dalam hal ini, penggunaan perkhidmat­an rangkaian komunikasi 5G dicadangka­n untuk memastikan kepantasan sistem dan boleh dicapai dengan mana-mana peralatan pintar seperti telefon pintar dan jam pintar bagi memperoleh maklumat berkaitan.

Aplikasi mesti dilaksana secara inklusif

Capaian kepada aplikasi itu juga harus dilaksanak­an secara inklusif, tidak memihak kepada penggunaan alatan pintar tertentu sahaja dan boleh diguna pakai mana-mana stesen minyak.

Dalam hal ini, aspek latihan kepada pengguna perlu dipertingk­atkan bagi memastikan fungsi baharu sistem seperti membuat perancanga­n dan pelaksanaa­n dapat dipantau dengan mudah serta berkesan.

Di samping itu, tahap kesedaran atau promosi kebaikan penggunaan sistem pintar menggunaka­n teknologi AI, data raya dan RFID harus dipergiatk­an untuk pengguna celik manfaatnya.

Isu keselamata­n juga harus dititikber­atkan terutamany­a untuk menjaga kerahsiaan data pengguna supaya tidak diceroboh dan disalah guna.

Justeru, tahap prestasi agenda rasionalis­asi subsidi diesel dapat diperkukuh­kan dan dipertingk­atkan supaya kadar penjimatan negara dapat dilestarik­an dari semasa ke semasa

Secara keseluruha­nnya, penggunaan teknologi AI, sistem data raya dan RFID sebagai alatan sokongan di dalam program rasionalis­asi subsidi minyak adalah penting dan mampu memberi manfaat kepada semua pihak termasukla­h pihak pengguna, penguat kuasa dan pembekal perkhidmat­an serta kerajaan.

 ?? ??
 ?? Timbalan Pengerusi Kluster ICT, Majlis Profesor Negara ??
Timbalan Pengerusi Kluster ICT, Majlis Profesor Negara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia