Berita Harian

Malaysia sasar 30 emas Sukan Universiti ASEAN

Kontinjen negara akan sertai 13 jenis sukan daripada 16 dipertandi­ng

-

Malaysia bakal menghantar 286 atlet dan pegawai daripada pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini bagi menyertai temasya Sukan Universiti Asean (AUG) di Singapura pada 8 hingga 19 Julai ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata kontinjen negara akan menyertai 13 jenis sukan daripada 16 yang dipertandi­ngkan dengan misi memungut 30 pingat emas.

"Kami di kementeria­n amat berharap agar kontinjen yang akan menyertai kejohanan ini memperoleh pencapaian yang lebih cemerlang dengan sasaran untuk mengekalka­n prestasi terbaik ketika bertanding di AUG Kuala Lumpur dua tahun akan datang.

"Dengan persiapan baik yang kita laksanakan seperti pemilihan atlet terbaik dan menyeluruh di IPT, pendedahan pertanding­an, kem kecemerlan­gan dan latihan yang berterusan, saya percaya sasaran ini bukanlah satu perkara mustahil untuk dicapai," katanya pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kontinjen Malaysia ke AUG 2016 di sini, semalam.

Renang jadi lubuk emas

Acara sukan bakal disertai Malaysia kali ini adalah memanah, badminton, olahraga, bola keranjang, lawan pedang, bola sepak, pencak silat, petanque, ragbi 7's, sepak takraw, menembak, renang dan ping pong.

Tiga sukan tidak disertai kon- tinjen negara adalah bola tampar, kayak dan polo air yang turut menawarkan sebanyak 24 pingat emas.

Idris berharap sukan prospek seperti akuatik renang, olahraga dan memanah mampu membutirka­n pingat emas.

"Kecemerlan­gan itu boleh dicipta sekiranya kita bersungguh-sungguh dan berusaha dengan penuh komitmen. Jadi saya berharap atlet dapat memastikan berada dalam keadaan terbaik untuk mencapai sasaran diletakkan."

Pada edisi Palembang 2014, kontinjen Malaysia membawa pulang 40 emas, 42 perak dan 49 gangsa. Sebanyak 11 daripada 40 emas itu diperoleh menerusi acara renang.

Bagi edisi di Singapura, renang terus menjadi harapan lubuk pingat emas negara dengan mempertaru­hkan barisan atlet elit seperti ratu renang Khoo Chai Lin, Kevin Yeap Soon Choy, Chui Lai Kwan dan Erika Kong Chia Chia.

 ?? [FOTO SAMADI AHMAD/BH] ?? Idris (barisan belakang tengah) bergambar bersama Kontinjen Malaysia Ke Sukan Universiti Asean 2016 selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang, semalam.
[FOTO SAMADI AHMAD/BH] Idris (barisan belakang tengah) bergambar bersama Kontinjen Malaysia Ke Sukan Universiti Asean 2016 selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia