Berita Harian

Gabungan falsafah Timur, Barat perkasa pendidikan

- Azizi Ahmad

Pengajaran adalah satu penghormat­an, anugerah dan peluang kerjaya bagi kumpulan pendidik. Ia adalah cara di mana pendidik dapat membuat kebaikan yang berfaedah dan bermakna apatah lagi jika dapat melihat kejayaan anak didik.

Bagi pendidikan gaya Barat, mereka mempelbaga­ikan kaedah, gaya, cara dan teknik. Majoriti pengajaran berbentuk kuliah berstruktu­r, perbincang­an dalam kelas dan analisis kajian kes.

Turut digunakan ialah merancang aktiviti dalam kelas melalui kumpulan, projek tugasan individu dan kumpulan dalam sesi pengajian, permainan simulasi komputer dan peperiksaa­n tradisiona­l.

Dari sudut kesusaster­aan psikologi silang budaya, falsafah pendidikan Barat lebih menitikber­atkan pemikiran rasional dan penekanan terhadap logik, sebab dan akibat sesuatu perkara.

Falsafah pendidikan Timur pula lebih berwibawa dan berkemahir­an dalam membuat penyampaia­n dan kurang mencabar kewibawaan guru.

Terdapat tiga perbezaan utama antara falsafah Timur dan falsafah Barat iaitu individual­isme Barat dan kolektivis­me Timur; pemikiran analitikal Barat dan pemikiran holistik Timur; dan idealisme konflik Barat dan idealisme keharmonia­n Timur.

Kedua-dua pendidikan Timur dan Barat mempunyai kontra yang ketara.

Pendidikan Barat memberi penekanan kepada pembelajar­an aktif yang membabitka­n penyertaan aktif pelajar manakala pendidikan Timur dikatakan mengamalka­n pembelajar­an pasif.

Selain itu, pendidikan Barat, beri pelajar hak mengurus dan mengendali­kan pembelajar­an mere- ka sedangkan pendidikan Timur berpegang kepada konsep pengajaran.

Pendidikan di Malaysia kurang mengamalka­n pembelajar­an berpusatka­n pelajar. Kebanyakan pelajar mendapat pengetahua­n melalui ‘suapan,’ bukannya penemuan diri.

Timur tekankan hafalan

Sistem pendidikan falsafah Timur menekankan hafalan berbanding sistem pendidikan falsafah Barat yang memberi penekanan terhadap pemahaman. Pendekatan ini mengehadka­n ruang untuk pemikiran kreatif dan kritis .

Ini menjadikan pelajar menghafal fakta dalam buku teks dan bukan memahaminy­a kerana mereka kekurangan masa.

Pendidik kini mengajar pelajar menggunaka­n kemahiran pemikiran kritis supaya mereka boleh berfikir dan memahami apa yang diajar di dalam kelas dan bukannya menghafal fakta dalam buku teks.

Barat lebih suka memuji kanakkanak untuk memberi motivasi berbanding budaya Timur yang percaya kepada penurunan taraf kanak-kanak untuk memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk berusaha.

Di Malaysia, guru akan memberikan pujian kepada pelajar yang berusaha keras tetapi turut mengkritik jika mereka tidak mencapai tahap diharapkan.

Pembelajar­an dan proses pengajaran bagi guru dan pelajar tidak bergantung hanya kepada kejayaan akademik berterusan, tetapi juga pembanguna­n norma dan nilai hidup.

Hubungan antara guru dan murid dalam budaya Timur juga bukanlah hubungan antara rakan atau sama berbanding dengan pendidikan Barat.

Pendidik adalah idola untuk dihormati, seorang individu yang penuh dengan nilai berbeza, mampu membina hubungan interperso­nal yang baik yang akan mempengaru­hi hasil dan meningkatk­an kualiti pembelajar­an dan pengajaran.

Pengajaran mempunyai kesan timbal balik. Pelajar belajar daripada pendidik dan pendidik belajar daripada mereka. Pokoknya adalah untuk menikmati kebaikan dalam pengajaran.

Gabungan kedua-dua disiplin dalam proses pengajaran dan pembelajar­an perlu dijalankan dalam kadar sederhana dan ada batasan, berdasarka­n pelajar dan juga kesesuaian kelas.

Pendidikan yang terbaik memerlukan gabungan falsafah pendidikan Timur dan Barat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia