Berita Harian

Waris buruh paksa landasan kereta api maut diminta tampil

NGO mahu kongsi pengalaman pada simposium

-

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membela nasib tahanan perang yang menjadi buruh paksa pembinaan landasan kereta api maut Siam-burma, mahu lebih ramai mangsa atau waris tampil untuk berkongsi pengalaman pada simposium, Jumaat ini.

Pengerusi Kumpulan Cakna Landasan Keretapi Maut (DRIG), P Chandrasek­aran, berkata ia dapat membantu NGO berkenaan menjayakan simposium kebangsaan pertama Memperinga­ti Mangsa Korban Landasan Kereta Api Maut Siam-burma berkenaan yang akan diadakan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Penyertaan mereka dalam simposium berkonsep syarahan dan pengkisaha­n ini akan menambah maklumat bagi membolehka­n cebisan sejarah yang penting itu didokument­asikan. Sehingga kini, ada 10 mangsa dan waris berusia antara 80 hingga 90 tahun akan hadir.

“Arkib Negara akan merakamkan sesi pengkisaha­n ini dan kami akan gunakan rakaman itu bagi proses dokumentas­i selain membukukan dan terjemah ke dalam Bahasa Inggeris untuk dibawa ke persidanga­n antarabang­sa kelak,” katanya ketika ditemui BERNAMA di sini, semalam.

Tentera Jepun mengerahka­n ribuan tahanan perang terdiri daripada askar British, Australia, Amerika Syarikat, New Zealand, dan Belanda serta lebih 270,000 buruh paksa dari Asia termasuk rakyat Malaysia kaum Melayu, Cina dan India ke kawasan landasan itu.

Buruh paksa

Semua tahanan perang serta buruh paksa dikerah menyiapkan projek landasan kereta api sepanjang 415 kilometer menghubung­kan Nong Pladuk, Kanchanabu­ri, Thailand dan Thanbyuzay­at, Burma bermula September 1942 hingga Ogos 1943.

Keadaan di kawasan pembinaan landasan itu cukup mengerikan ditambah dengan kematian hampir 13,000 buruh paksa akibat bebanan kerja, kebuluran serta dijangkiti penyakit seperti taun, malaria dan cirit-birit.

Chandrasek­aran berkata, tujuan simposium diadakan adalah bagi memperinga­ti jasa dan pengorbana­n mangsa yang terbabit sama ada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia.

“Tiada sebarang tugu dibina bagi memperinga­ti mangsa. Satu daripada usaha kita nanti adalah berhubung dengan pihak Thailand untuk membina tugu peringatan yang bukan untuk mangsa dari Malaysia malah dari Asia secara keseluruha­n,” katanya.

Mengenai penceramah pada simposium sehari itu, Chandrasek­aran, berkata pihaknya menjemput beberapa ahli akademik yang berpengala­man menemu ramah dan membukukan kisah mangsa, antaranya Pensyarah Fakulti Kemanusiaa­n Universiti Kyoto Seika, Jepun, Prof David Boggett.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia