Berita Harian

Jadi inspirasi rakan sebaya lain

-

mengubah kehidupan dunia menjadi lebih baik.

“Sumbangan mereka dalam usia muda ini membuatkan kita turut mempersoal­kan sumbangan terhadap masyarakat dan alam sekitar dalam merubah kehidupan menjadi lebih harmoni.

“Pembuat perubahan muda ini tidak boleh bersendiri­an kerana mereka memerlukan kita bagi menyediaka­n lebih banyak platform untuk membuat perubahan,” katanya ketika menyampaik­an ucapan pada majlis berkenaan, barubaru ini

Tuanku Bainun Young Changemake­rs Awards memasuki tahun kedua selepas ia diperkenal­kan pada tahun lalu sempena sambutan Hari KanakKanak Sedunia.

Lebih 150 pencalonan diterima daripada kanakkanak di seluruh negara, tahun ini tetapi hanya 10 peserta terpilih ke peringkat akhir.

Serena Zara dari Petaling Jaya terpilih sebagai wira kanakkanak berikutan usahanya yang memulakan perniagaan membuat dan menjual gelang manik bagi membantu membeli makanan kepada anak yatim di pusat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), di Alor Setar, Kedah.

Inisiatif membantu golongan memerlukan diperluask­an apabila hasil perniagaan­nya juga digunakan bagi membantu membeli alat tulis dan hadiah Krismas bagi kanakkanak pelarian Myanmar.

Serena minat bantu kanak-kanak

Ibu Serena, Dr Wan Himratul Azliza, 40, berkata, anaknya menunjukka­n minat membantu kanakkanak yang tidak bernasib baik sejak setahun lalu.

“Menariknya dia mencipta sendiri jenama Serena’s Secret iaitu aksesori termasuk gelang manik yang dibuatnya sendiri untuk dijual untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Wang hasil kemenangan­nya dalam anugerah ini juga akan digunakan untuk membeli komputer untuk keperluan kanakkanak di rumah anak yatim PERKIM,” katanya yang ditemui selepas penyampaia­n anugerah berkenaan.

Aktif kerja sosial

Medina Zaharah dari

Shah Alam, Selangor, pula terpilih sebagai pemenang kerana pembabitan aktif yang ditunjukka­n

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia