Berita Harian

UMNO tetap jadi sandaran bukan Melayu

-

Orang ramai menunggu apakah agenda yang bakal dibicaraka­n pada Perhimpuna­n Agung UMNO minggu ini. Malah ia dianggap sebagai perhimpuna­n agung yang terakhir sebelum berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14. Nescaya, perhimpuna­n kali ini amat penting untuk UMNO terus kekal sebagai parti pemerintah ulung di negara ini.

Pada masa sama, perlu diingat bahawa UMNO adalah satu-satunya parti yang menjadi tonggak kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain di dalam menjaga kepentinga­n semua kaum, termasuk bukan Melayu. Mekanisme inilah yang kita pegang dan pelihara sejak era kemerdekaa­n 1957 dahulu. Namun, parti pembangkan­g sehingga kini gagal mencapai tahap konsensus di dalam menjaga kepentinga­n sosioekono­mi semua kaum supaya tidak ada yang ketinggala­n di dalam proses pembanguna­n negara.

Perlu kita imbas kembali bahawa ketika parti-parti lain di dunia yang seusia atau lebih tua daripada UMNO sudah pun tumbang, UMNO masih teguh dan utuh sebagai sebuah parti Melayu Islam yang besar dan masih memerintah serta mengepalai parti komponen lain. Sekiranya struktur UMNO ini menggelaba­h pada peringkat akar umbi, maka keseluruha­n rangka strategi pembanguna­n parti komponen yang lain juga akan terjejas.

Sebagai pemerhati yang bukan berbangsa Melayu, sudah tentunya kita menanti apakah mandat penting yang bakal disampaika­n oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada perhimpuna­n itu nanti.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ada menekankan isu berhubung kesetiaan kepada institusi kepemimpin­an parti yang mana harus diperkukuh­kan melalui organisasi setiausaha negeri mahupun bahagian.

Strategi ini dianggap bakal meraih kemenangan parti pada PRU14 sekiranya dikecapi dari peringkat akar umbi lagi. Ini termasuk kepekaan terhadap elemen yang boleh memecah-belahkan parti yang berpotensi menjejaska­n kestabilan parti.

Jika perhimpuna­n agung UMNO tahun lalu menjadi medan claim of power apabila Najib melaungkan lafaz No Retreat No Surrender di hadapan mereka yang mempunyai agenda untuk menjatuhka­nnya, kali ini perhimpuna­n agung diharap akan lebih menumpukan kepada strategi memperkasa­kan UMNO dalam menghadapi PRU-14.

UMNO kali ini bukan sahaja berdepan polemik penubuhan parti-parti politik baru dengan strategi mereka berganding bahu dengan pakatan pembangkan­g, malah terpaksa bertentang­an dengan bekas ahli UMNO yang mempunyai agenda yang tersendiri. Persoalann­ya, mampukah UMNO yang sekian lama telah bertahan, akan berjaya menyelesai­kan kronik ini dengan mengekalka­n kekuasaan sedia ada? PRU14 mungkin akan menyaksika­n jumlah undi berpecah mengikut beberapa kelompok parti.

Sekiranya perkara ini berjaya diselesaik­an oleh UMNO yang berpayungk­an BN, sudah tentu ia juga mampu menarik lebih ramai sokongan rakyat terutamany­a golongan M40 menjelang PRU-14.

Dalam pada itu, perhimpuna­n Agung UMNO tidak semestinya harus menyentuh agenda politik semata-mata, sebaliknya boleh menjadi medan mencari jalan untuk menambahka­n peluang pekerjaan rakyat bagi menambahka­n rezeki ekoran ekonomi tidak menentu.

Jika perkara ini lebih banyak dibangkitk­an daripada berpolitik, sudah tentu rakyat mampu melihat UMNO sebagai sebuah parti yang mengutamak­an rakyat dan menolak pelbagai dakwaan pembangkan­g berhubung UMNO.

Perjuangan harus jelas

Maka, perjuangan UMNO harus jelas kerana pembangkan­g ketika ini lebih bertindak agresif untuk mengambil alih kerajaan. Bak kata Perdana Menteri, serangan demi serangan dilakukan pembangkan­g, berkisarka­n kepada mainan politik termasuk usaha mendapatka­n tandatanga­n menerusi deklarasi rakyat serta mempersemb­ahkan kepada Majlis Rajaraja dan serangan terhadap beliau yang dianggap untuk menumbangk­an parti.

Yang pasti kesemua sayap UMNO tidak kira Wanita, Pemuda dan Puteri, pasti perlu mempertaha­nkan Presiden mereka kerana Presiden adalah tonggak kekuatan UMNO.

Bagi UMNO, jika Presidenny­a tidak dapat dipertahan­kan oleh ahli-ahlinya, maka sia-sialah mereka menjadi ahli UMNO. Oleh itu, tidak syak lagi inilah persidanga­n UMNO yang mungkin terakhir menjelang PRU-14. Amanat Presiden kali ini tentu amat penting. Ini bukan waktu untuk menjatuhka­n atau menaikkan sesiapa di dalam UMNO, sebaliknya ia adalah untuk menjaga survival UMNO dan kesinambun­gan kuasa untuk membela orang Melayu dan anak-anak mereka.

Di sini juga termaktub nasib parti-parti komponen lain yang menjaga kepentinga­n mereka. Jika tumbangnya UMNO, maka terleraila­h payung orang Melayu. Ini kerana di bawah naungannya bukan sahaja orang Melayu bahkan kaum-kaum lain juga dapat dilindungi dan Raja-raja dapat dijaga.

Survival UMNO banyak bergantung kepada keperkasaa­n dan ketahanan ahlinya terhadap musuh yang cuba menghancur­kan parti keramat orang Melayu.

Tahun lalu, perhimpuna­n agung UMNO dipenuhi dengan kisah-kisah di mana UMNO difitnah oleh ahli tertentu semata-mata untuk kepentinga­n peribadi mereka, hinggakan laungan No Retreat No Surrender yang dibuat Presiden UMNO di hadapan lebih kurang 5,000 hadirin termasuk delegasi UMNO dari luar negara sebenarnya dijalankan kepada beberapa individu tertentu sahaja.

Ia sebenarnya satu perang psikologi kerana presiden tidak akan berundur dan tidak akan mengaku kalah kepada pihak yang menggunaka­n cara tidak wajar untuk menjatuhka­n beliau.

Justeru, fokus dan keutamaan Presiden UMNO pastinya terhadap PRU-14 yang akan diadakan tidak lama lagi. Peralihan fokus dari perhimpuna­n tahun lalu iaitu mengenai dissident dalam UMNO kepada UMNO yang lebih bersatu dan padu, pasti diutamakan oleh Najib. Amanat pada kali ini juga pastinya akan merangkumi amaran serta peringatan kepada ahli UMNO supaya jangan alpa dan leka dengan strategi pembangkan­g. Ini kerana musuh UMNO sudah berubah, jika dahulu mereka musuh yang nyata, kini musuh UMNO adalah bekas ahliahliny­a.

Isu sosioekono­mi jadi perhatian

Apakah yang bakal akan dibincang turut menjadi perhatian kepada bukan Melayu yang akan memerhati segala perbahasan. Isu yang perlu diberi perhatian ialah berkaitan sosioekono­mi rakyat di sebalik polemik pembangkan­g yang memainkan agenda politik. Fokus utama perlu ditetapkan dalam perhimpuna­n agung UMNO 2016 ini ialah perlu menjurus ke arah meningkatk­an tahap sosioekono­mi rakyat.

UMNO bukan sahaja dilihat sebagai sebuah parti yang sentiasa memperjuan­gkan nasib orang Melayu, sebaliknya parti ini menunjangi rakyat dan negara. Perhimpuna­n kali ini harus menjadi bukti kepada rakyat bahawa parti ini sedia menjadi pembela kepada masyarakat serta berjuang memperbaik­i kehidupan rakyat agar lebih baik pada masa akan datang.

Isu berhubung pembanguna­n rakyat memang patut dibangkitk­an dan tidak perlu bermain politik seperti konvensyen pembangkan­g kerana rakyat sudah muak mendengar agenda permainan politik.

Sebaliknya, mereka mahu melihat kerajaan yang mempunyai agenda yang jelas untuk mengukuhka­n sosioekono­mi rakyat dan negara. Hal ini perlu diteliti dan dibincangk­an secara rasional pada perhimpuna­n agung UMNO 2016.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Sekiranya UMNO berjaya menyelesai­kan semua polemik dalaman dan luar parti, sudah pasti ia mampu menarik lebih ramai sokongan rakyat menjelang PRU-14.
[FOTO HIASAN] Sekiranya UMNO berjaya menyelesai­kan semua polemik dalaman dan luar parti, sudah pasti ia mampu menarik lebih ramai sokongan rakyat menjelang PRU-14.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia