Berita Harian

Peragaan fesyen Malaysia di LMFW

Empat pereka negara luaskan pasaran pakaian sopan ke peringkat antarabang­sa

- Oleh Syalikha Sazili

Empat jenama fesyen tempatan bakal membuat pertunjuka­n fesyen pada pentas London Modest Fashion Week (LMFW) 2017 untuk memperagak­an pakaian sopan dan sederhana di kota London, pada Februari depan.

Jenama fesyen berkenaan ialah Sakura Malaysia, Blancheur, Fiziwoo dan Bidadari Contempora­ry.

Penganjur LMFW, Romanna Abu Baker, berkata industri fesyen pakaian sopan dan sederhana akan terus memonopoli industri fesyen dengan penyertaan pereka fesyen dengan kepelbagai­an rekaan baharu.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Haute Elan, sebuah portal fesyen dalam talian yang memasarkan pakaian sopan dan sederhana melihat potensi besar industri terbabit untuk lebih maju.

Katanya, masing-masing berbakat besar dan beliau melihat potensi jenama ini untuk berkembang sehingga ke pasaran global serta yakin jenama seperti Sakura Malaysia akan menjadi sehebat Michael Kors.

Masyarakat Islam di seluruh dunia Penganjur LMFW kini lebih menitikber­atkan pemakaian mereka khususnya pakaian lebih sopan tetapi mengekalka­n gaya anggun.

Peraga koleksi abaya moden

“Tahun depan bakal menyaksika­n perubahan besar dalam industri fesyen Islam menerusi Haute Elan.

“Saya yang sedang giat melebarkan sayap Haute Elan ke rantau Asia Tenggara mengadakan kerjasama dengan pelbagai jenama lain di Malaysia sebagai platform mengembang­kan industri fesyen ke pasaran lebih luas,” katanya ketika ditemui pada sidang media berkaitan kerjasama Sakura Malaysia dan Haute Elan, di ibu negara, kelmarin.

Sementara itu, Pereka fesyen Sakura Malaysia, Suraya Sharifuddi­n akan memperagak­an sembilan koleksi termasuk abaya moden yang diberi nafas baharu dengan mengetenga­hkan keunikan tampalan menggunaka­n fabrik kapas baldu pada rekaannya.

Katanya, peragaan pakaian itu turut dipadankan dengan koleksi beg tangan tekad hasil hasil rekaan jenama terbabit.

“Saya berasal dari Taiping, Perak jadi saya membesar dengan seni jahitan tekad. Saya mahu mengetenga­hkan seni tekad di mata dunia sekali gus mempamerka­n identiti Malaysia dan diharapkan ia dapat dikomersia­lkan pada peringkat global.

“Untuk menampilka­n kelainan saya mencipta inovasi seni tekad itu pada beg tangan. Saya memang mengimpika­n untuk mengetenga­hkan jenama ini ke pasaran antarabang­sa. Penyertaan dalam LMFW antara usaha ke arah itu,” katanya.

Perkenalka­n Malaysia di mata dunia

Pereka Fesyen Blancheur, Qusairy Mohammad, berkata juga akan mempamerka­n koleksi rekaannya antaranya gaun, suit dan pakaian ready to wear (RTW) yang terbaik pada pentas peragaan LMFW.

“Kepakaran kami menerusi perincian dan jadi koleksi pakaian harian dengan perincian yang teliti akan dihasilkan,” katanya.

Beliau berkata, penyertaan­nya dan pereka lain dalam LMFW sebagai penghargaa­n yang tidak ternilai dalam usaha memperkena­lkan nama Malaysia di persada dunia menerusi penghasila­n rekaan pakaian sopan.

Menerusi penyertaan itu perekaan Malaysia juga dapat meningkatk­an ilmu dan pengalaman mengenai industri fesyen secara keseluruha­n.

 ?? [FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN/BH] ?? Suraya (dua dari kanan) bersama Romanna (kiri) dan Pengarah Haute Elan, Swathi Nimmagadda Prasad (dua dari kiri) pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN/BH] Suraya (dua dari kanan) bersama Romanna (kiri) dan Pengarah Haute Elan, Swathi Nimmagadda Prasad (dua dari kiri) pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia