Berita Harian

Kecederaan Maiga buat T-team terus resah

- Oleh Faizul Azlan Razak

Kuala Terengganu: T-team belum pasti menurunkan pemain import pertahanan­nya, Abdoulaye Youssouf Maiga menjelang pertemuan dengan Melaka United (MU), Sabtu ini.

Pemain kelahiran Bamako, Mali itu terpaksa direhatkan akibat kecederaan hamstring sebelum digantikan Abdullah Sulaiman ketika bertemu Pulau Pinang, Sabtu lalu.

Pengendali T-team, Rahmad Darmawan, berkata dia akan melihat tahap kecederaan Maiga sebelum memutuskan pemain yang akan dibawa ke Melaka nanti.

Bekas ketua jurulatih kebangsaan Indonesia itu berkata, biasanya pemain yang mengalami hamstring akan mengambil masa dua atau tiga minggu untuk pulih sepenuhnya.

Cari rentak

“Kita akan lihat perkembang­an Maiga sama ada boleh beraksi atau tidak untuk bertemu MU, Sabtu ini.

“Jika Maiga tidak beraksi, saya akan merubah perancanga­n lain untuk memperkuat­kan benteng pertahanan kerana kita tahu MU memiliki pemain berkualiti musim ini,” katanya.

Rahmad berkata, dia juga akan memperbaik­i segala kelemahan dalam pasukan dalam latihan bagi memastikan tidak pulang dengan tangan kosong.

Katanya, dia juga berharap Mamadou Samassa dapat mengulangi sentuhanny­a apabila berdepan MU.

“Samassa ada mengadu kepada saya yang dia masih mencari rentak dan menyesuaik­an diri dengan corak permainan.

“Saya yakin Samassa akan temui rentak dan mempamerka­n prestasi sebenar,” katanya.

 ??  ?? Abdoulaye Youssouf Maiga
Abdoulaye Youssouf Maiga

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia