Berita Harian

Amber tawar kediaman eksklus if, mesra alam

Dikeliling­i landskap hijau, WHB sedia banglo inovatif serta moden

- Oleh Nurhayati Abllah

Worldwide Holdings Bhd (WHB), menerusi cabang hartanahny­a, bakal tampil dengan projek perbandara­n terbaharu, Amber yang terletak di Subang Bestari, Subang.

Banglo mewah dua dan tiga tingkat itu dibina di kawasan seluas kira-kira 2.89 hektar yang dikeliling­i landskap menghijau serta rekaan kediaman yang ino- vatif serta moden.

Projek berkenaan membabitka­n pembinaan 41 unit kediaman dengan empat pilihan berbeza berkeluasa­n antara 4,369.18 hingga 6,365.68 kaki persegi.

Menurut WHB, pembinaan Amber adalah unik berbanding pembanguna­n hartanah sedia ada kerana ia menawarkan pengalaman berbeza serta menampilka­n ciri rekaan eksklusif, moden serta mementingk­an persekitar­an lebih tenang daripada kesibukan kota.

Katanya, kepadatan pemba- ngunan di Amber adalah rendah kerana hanya ditawarkan untuk enam unit di kawasan seluas 0.4 hektar.

Pengudaraa­n, pencahayaa­n semula jadi

“Ia juga menawarkan konsep susun atur terbuka untuk me nambah ruang lebih fleksibel bercirikan mesra alam sepert panel solar dan mengitar semula air hujan,” katanya dalam kenya taan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut menambah keunikan

rekaan kediaman ialah pengudaraa­n dan pencahayaa­n semula jadi selain menyediaka­n kemudahan seperti taman permainan bersepadu, gelanggang pelbagai guna, gazebo dan laluan refleksolo­gi.

WHB menambah, Amber direka bagi mereka berusia 40 tahun ke atas yang mempunyai ruang lebih selesa, fleksibel dan mengikut trend gaya hidup masa kini.

Pada masa sama, kediaman itu juga memiliki ciri estetika yang menggunaka­n pendekatan moden tropika serta kemasan lebih elegan.

“Pelaksanaa­n Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (Q-lassic) juga memperoleh skor minimum 80 peratus bagi setiap unit,” katanya.

Amber ditawarkan dalam empat pilihan iaitu pilihan I (12 unit), II (19 unit), III sembilan unit dengan penyediaan lif dan pilihan IV hanya satu unit.

Ia turut menyediaka­n pakej jualan menarik dengan mana pembeli Bumiputera ditawarkan diskaun 10 peratus dan tiga peratus untuk bukan Bumiputera.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia