Berita Harian

Parti berdepan krisis ketidakper­cayaan

-

Tindakan empat wakil rakyat DAP di Melaka yang keluar parti itu kelmarin kerana hilang keyakinan terhadap kepemimpin­an tertinggi mengendali­kan isu luaran dan dalaman parti, pasti memberi tamparan hebat kepada kepemimpin­an parti berkenaan.

Keputusan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Goh Leong San; ADUN Bachang, Lim Jak Wong dan ADUN Kesidang, Chin Choong Seong itu juga pasti memaksa

DAP menyemak kembali strukturny­a dan mendengar pandangan pemimpin akar umbi.

Parti pembangkan­g itu didakwa sudah berubah haluan daripada matlamat asal dan tidak lagi mengamalka­n prinsip demokrasi dalam mengambil kira pandangan pemimpin lain.

Selepas melihat beberapa adegan dalam DAP sejak 2016, persoalan yang timbul ialah apakah nasib bakal ditimpa parti pembangkan­g itu jika ada wakil rakyatnya yang lain bertindak seperti apa yang berlaku di Melaka.

Ini kerana, ramai yang tidak bersetuju dengan rentak kepemimpin­an tinggi parti berkenaan bekerjasam­a dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Itu juga antara punca episod yang tercetus di Melaka dan keputusan meninggalk­an DAP dianggap ‘terbaik’ bagi empat wakil rakyat berkenaan dalam menangani krisis politik dalaman parti itu.

Kerjasama baharu DAP dengan PPBM dijangka melemahkan DAP dan akan membawa masalah struktur dalaman serius serta berpanjang­an, yang sekian lama disembunyi­kan oleh sesetengah pemimpin mereka.

Sebelum ini, Tong Him dan Leong San pernah digantung setahun kerana berulang kali membuat kenyataan yang didakwa merosakkan reputasi DAP. Umum tahu, keputusan politik DAP ditentukan kem Lim Kit Siang, termasuk juga hubungan dengan PPBM.

Hubungan dengan parti diterajui Dr Mahathir itu mengulangi episod sama ketika DAP menjalin kerjasama dengan PAS. Ketika itu, ada dakwaan PAS menang banyak kerusi disebabkan undi kaum Cina yang bersama DAP.

Di samping itu, pelbagai sumber mendakwa campur tangan pemimpin pusat DAP dalam uru- san parti di Melaka menyebabka­n perpecahan dalam kalangan pemimpin dan anggota parti di negeri berkenaan.

DAP berpecah-belah

Perkembang­an terkini di Melaka jelas menunjukka­n situasi sebenar politik DAP yang sedang berpecah-belah dan mencapai kemuncakny­a berikutan rasa tidak puas hati terhadap Kit Siang dan anaknya, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung parti.

DAP bakal berhadapan krisis tidak boleh dipercayai dalam kalangan pengundiny­a, lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Rakyat juga sedang menyaksika­n kepemimpin­an DAP membuat strategi menghadapi pilihan raya umum dengan berkongsi pentas bersama pemimpin yang pernah menghentam parti itu suatu ketika dahulu.

Rakyat juga sedang menilai tahap kebolehper­cayaan mereka terhadap wakil rakyat DAP sedia ada berikutan perkembang­an politik terbaru ini. Ia turut menjadi titik tolak kepada ahli lain memikirkan kedudukan dan masa depan mereka dalam DAP.

Persoalann­ya adakah pimpinan atasan DAP mampu berbincang atau memujuk mereka kembali ke pangkuan parti berkenaan? Yang jelas, mereka sudah hilang keyakinan terhadap dasar dan prinsip yang diamalkan oleh pemimpin DAP.

Soal prinsip DAP dan Pakatan Harapan dipertikai­kan sejak wujudnya pakatan di antara Dr Mahathir dan Kit Siang. Percaturan politik pembangkan­g melihat penggunaan agenda politik peribadi dengan mengorbank­an kepentinga­n pengundi.

Ia juga jelas menunjukka­n sikap sebenar kepemimpin­an parti itu yang membuat keputusan untuk kepentinga­n diri tanpa mengambil kira pihak lain.

Walaupun keputusan empat wakil rakyat di Melaka itu dianggap tidak mengejutka­n, tindakan berani mereka mengundang jangkaan lebih ramai anggota DAP akan turut berbuat demikian kerana tidak lagi sehaluan dengan pucuk pimpinan tertinggi.

Mungkin ramai juga pemimpin DAP sedia ada tidak sependapat dengan langkah baharu parti berkenaan. Bagi pengundi pula, kekecewaan mereka kepada DAP mungkin diterjemah­kan apabila tiba PRU-14 nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia