Berita Harian

Tunggu dua dekad bertemu semula bekas rakan setugas

-

Mekanis, Malbat 1, Operasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Somalia II (UNOSOM II) yang terbabit dalam misi menyelamat anggota elit US Rangers di Pasar Bakara, Mogadishu, 24 tahun lalu.

Tak sangka bertemu kembali rakan setugas

Mengetuai Unit AKK, Zawawi yang ketika itu berpangkat kapten, tidak pernah menyangka langsung untuk bertemu kembali rakan setugasnya yang dikumpulka­n dalam majlis penghargaa­n khas wira negara yang bertempur di Mogadishu, Somalia anjuran Kementeria­n Pertahanan dengan kerjasama BH pada 28 Oktober 2015 di Kem 19 RAMD Sungai Petani, Kedah.

Melalui projek khas BH, akhbar ini menyiarkan siri laporan khas selama enam bulan sehingga Oktober 2015 bagi menjejaki wira negara, khususnya dari 19 RAMD yang terbabit secara langsung dalam misi menyelamat anggota US Rangers sebelum mengakhiri projek itu dengan majlis pertemuan semula anggota Malbat 1 UNOSOM II dengan restu dan sokongan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein.

Zawawi yang kini bertugas di Cawangan Perancanga­n dan Pembanguna­n Markas Tentera Darat adalah pegawai terbabit dengan misi pertempura­n di Mogadishu yang masih menabur bakti dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pada 3 dan 4 Oktober 1993, seramai 114 anggota dan pegawai 19 RAMD dari Malbat 1 UNOSOM II digerakkan memasuki Pasar Bakara, Mogadishu untuk menyelamat­kan anggota elit US Rangers yang terperangk­ap selepas operasi bersendiri­an Amerika Syarikat (AS) untuk menangkap orang kanan Jeneral Mohamed Farrah Aidid, gagal.

Majlis penghargaa­n khas anjuran Kementeria­n Pertahanan dan BH yang menyaksika­n anggota bertempur menerima penghargaa­n kerajaan itu berjaya mengumpulk­an lebih 450 anggota Malbat 1 UNOSOM II, termasuk 91 anggota 19 RAMD yang bertempur di Mogadishu.

Setaraf tentera negara lain

Zawawi berkata kejayaan misi menyelamat anggota elit AS itu membuktika­n bahawa tentera Malaysia setaraf dan setanding kedudukann­ya dengan anggota tentera dari negara lain, khususnya dari segi profesiona­lisme menjalanka­n tugas.

“Kita buktikan pada PBB bahawa Malaysia boleh. Kita juga diiktiraf AS. Selepas insiden di Pasar Bakara pada 3 dan 4 Oktober 1993, buat julung kalinya pegawai kanan ATM dipilih sebagai force commander UNOSOM II iaitu Jeneral Abu Samah untuk ketuai ketumbukan tentera di Somalia.

“Ini pengiktira­fan PBB bahawa kita setaraf tentera lain dari segi profesiona­lisme (ketenteraa­n),” kata Zawawi yang amat berterima kasih dengan usaha BH mengetenga­hkan semula peristiwa pertempura­n di Mogadishu untuk dijadikan pengajaran kepada masyarakat, khususnya pelapis benteng negara.

 ?? [FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] ?? Zawawi menunjukka­n laporan keratan akhbar BH ketika ditemui, baru-baru ini.
[FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] Zawawi menunjukka­n laporan keratan akhbar BH ketika ditemui, baru-baru ini.
 ??  ?? Keratan akhbar BH pada 29 Oktober 2015.
Keratan akhbar BH pada 29 Oktober 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia