Saharul mahu selenggara pesawat

Pelakon berhasrat sambung semula pengajian untuk gapai cita-cita

Berita Harian - - HIP! -

Meskipun dirinya sudah menjadi pelakon dan mencipta nama dalam bidang seni, namun ia sesekali tidak melunturkan impian pemuda ini untuk menjadi jurutera pesawat.

Malah, Saharul Ridzwan, 28, sudah pun menanam cita-cita berkenaan sejak dirinya belum melangkah ke dunia lakonan lagi.

Kata pelakon yang mencipta nama menerusi drama Hati Perempuan ini, masih mempunyai waktu untuk mengejar impiannya itu, dirinya juga berhasrat menyambung semula pengajian dalam bidang penyelenggaraan pesawat.

Sembilan tahun lalu, beliau pernah menggenggam diploma dalam bidang berkenaan.

“Saya memang berhasrat untuk menyambung semula pengajian dalam bidang pernah saya ambil dulu. Ia bidang yang tidak mempunyai had. Insya-allah, kalau ada rezeki dan kesempatan, saya akan kembali menyambung pengajian.

“Saya perlu mengambil 13 modul untuk menjadi seorang jurutera. Namun semua itu bergantung kepada masa yang ada,” katanya yang berminat dalam bidang berkenaan sejak zaman kanak-kanak.

Dilantik sebagai ikon

Kelab Remaja Udara

Malaysia (KRUM), ia nyata menyemarakkan kembali minatnya untuk terjun ke bidang kejuruteraan pesawat, yang dianggap sebagai minat utama dirinya.

Buka buku lama

Walaupun dilihat selesa berada dalam bidang lakonan, namun jauh di sudut hatinya tetap terdetik kemahuan mengejar cita-citanya yang tidak kesampaian.

“Apabila saya dilantik sebagai ikon kelab ini selama setahun, saya perlu buka balik buku yang pernah saya pelajari satu masa dulu. Ia bagi membolehkan saya berkongsi pengalaman dan pendedahan sebagai bekas pelajar bidang berkenaan.

“Tentunya satu kepuasan jika saya dapat kembali ke bidang yang saya minati ini. Namun, kita tidak atau apa yang sudah diaturkan untuk kita. Kalau bukan saya yang menjadi jurutera, mungkin anak saya yang akan mewarisi minat ini suatu hari kelak,” katanya.

Belajar jaga bayi guna aplikasi

Sementara itu, dalam debaran untuk menjadi bapa buat kali pertama, Saharul mengaku beliau memuat turun aplikasi yang mengajarnya menguruskan bayi.

Katanya, beliau berbuat demikian bagi mendapatkan serba sedikit pengetahuan dalam penjagaan si kecil sebelum kelahiran anak sulungnya, yang dijangkakan Jun depan.

“Dari segi persediaan menyambut orang baharu, saya dan isteri tidaklah melakukan persediaan terlalu bersungguh-sungguh. Cukuplah sekadar apa yang perlu.

“Saya juga memuat turun aplikasi untuk mempelajari cara menguruskan anak,” katanya yang mengahwini pemilik butik pakaian, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 29, pada September tahun lalu di Putrajaya.

Menurut Saharul, beliau juga enggan mengetahui jantina bakal anak lebih

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.