Berita Harian

Formula baharu elak pakaian kusam

-

Kajian dan pembanguna­n (R&D) dilakukan oleh syarikat pengeluar fabrik dan kebersihan diri, Southern Lion Sdn Bhd, berjaya membangunk­an formula terkini, micro-clean tech dengan antisebum untuk sabun pencuci.

Pengurus Pemasaran Kanan, Bahagian Penjagaan Fabrik, syarikat itu, Carmen Foo, berkata formula itu membolehka­n warna pakaian kekal seolah-olah baharu.

Beliau berkata, pengkaji mendapati, peluh dan sebum yang terperangk­ap mendalam dalam serat fabrik adalah punca kepada bau yang tidak menyenangk­an dan mengotorka­n pakaian, terutama di kawasan bahagian bawah ketiak, lengan dan kolar.

Katanya, sebum yang terperangk­ap di dalam fabrik akan meninggalk­an kesan cerah putih atau pun kuning sehingga menyebabka­n pakaian berwarna turut kelihatan kusam.

“Sebum yang terperangk­ap adalah sumber nutrien kepada bakteria dan ia akan menyumbang kepada bau yang tidak menyenangk­an walaupun kepada pakaian sudah dicuci,” katanya pada pelancaran TOP Micro-clean Tech dengan anti sebum di pusat beli-belah 1 Utama, di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Singkirkan kotoran

Menerusi inovasi terbaharu itu katanya, pencuci fabrik TOP akan menyerap masuk ke dalam teras fabrik dan dalam masa yang sama menyingkir­kan kekotoran serta sebum yang terperangk­ap di dalam fabrik dengan berkesan.

Teknologi berkenaan, mengekalka­n kepelbagai­an fungsi dalam pencuci fabrik TOP Micro-clean Tech dengan Anti-sebum ini seperti antihapak, antihama, antibakter­ia serta teknologi wangian Freshcare yang mampu mengekalka­n keharuman serta kesegaran fabrik yang dicuci sehingga 30 hari selepas cucian.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia