Berita Harian

FORBES IKTIRAF IDEA ANAK MALAYSIA

Pengasas Thelorry.com, rakan beri impak kehidupan masyarakat guna aplikasi dalam perniagaan

- Oleh Rohaniza Idris

Pengasas Thelorry.com, Nadhir Ashafiq Zainal Abidin bersemanga­t bela nasib pemandu lori

“Sekali gagal tidak bererti gagal selamanya,” menjadi kata azimat pengasas bersama aplikasi perkhidmat­an pengangkut­an dan logistik, Thelorry.com, Nadhir Ashafiq Zainal Abidin yang baru-baru ini terpilih dalam senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017.

Nadhir Ashafiq, 29, bersama rakannya, Chee Hau Goh, 28, dipilih dalam senarai itu bagi kategori pembanguna­n industri, pembuatan dan tenaga.

Mereka adalah anak muda yang berusia 30 tahun dan ke bawah yang berjaya memberi impak kepada kehidupan masyarakat di Malaysia dan Asia menerusi penggunaan teknologi dalam perniagaan yang diusahakan.

Nadhir Ashafiq yang ditemui semalam menyifatka­n penyenarai­an beliau bersama Hau Goh dalam senarai Forbes itu satu pengiktira­fan besar yang menaikkan semangatny­a untuk terus berjuang mengembang­kan perniagaan.

Merancangk­an meluaskan perniagaan Thelorry.com di Thailand penghujung tahun ini, Nadhir Ashafiq berkata, beliau kini lebih bersemanga­t untuk membela nasib pemandu lori yang dilabelkan masyarakat sebagai pekerjaan orang tidak berpendidi­kan dan kelas rendah.

Usaha diperlekeh

“Pada awal pembabitan, ramai yang mempertika­i malah ada memperleke­hkan usahanya terbabit dengan industri perkhidmat­an pengangkut­an lori.

“Keluarga juga tertanya-tanya seolah-olah kurang yakin dengan pembabitan saya membangunk­an aplikasi perkhidmat­an pengangkut­an dan logistik yang tertumpu kepada lori ini,” katanya.

Bercerita mengenai perniagaan diusahakan­nya itu, Nadhir Ashafiq berkata, beliau membangunk­an aplikasi untuk tempahan lori sewa yang memudahkan orang ramai menyewa kenderaan itu.

Katanya, seperti perkhidmat­an Uber dan Grab Car untuk pelanggan menempah dan mendapatka­n teksi, Thelorry.com sebaliknya memberikan perkhidmat­an sewaan lori dan logistik, termasuk pengangkut­an untuk pemindahan rumah atau pejabat.

“Sejak diperkenal­kan pada 2014, kini kami mempunyai 4,000 lori berdaftar dan berkhidmat dengan kami.

“Lebih membanggak­an ada antara pemandu lori yang mampu membeli lori baharu selepas bersama kami,” katanya.

Dana pelabur persendiri­an

Ditanya mengenai pembiayaan perniagaan­nya, katanya beliau tidak mendapat mana-mana dana bantuan kerajaan, sebaliknya daripada pelabur persendiri­an yang berminat dengan pelan perniagaan mereka.

Katanya, untuk kali pertama hanya modal RM50,000 diterima dan selepas setahun sebanyak RM600,000 diperoleh dan awal tahun ini pelabur dari Jepun berpangkal­an di Singapura memberikan dana modal RM6 juta untuk mengembang­kan operasi dan perniagaan.

“Penyenarai­an kami dalam Forbes adalah dicadangka­n oleh pelabur kami ini,” katanya mengakui dalam dua setengah tahun berjaya mengembang­kan perniagaan­nya ke Singapura dan perintis perkhidmat­an tempahan lori online di negara ini.

Belajar daripada kegagalan

Bercerita mengenai latar belakangny­a, graduan Ijazah Perakaunan dan Sarjana Kewangan daripada Curtin University, Perth, Australia ini berkata sebelum membangunk­an Thelorry.com beliau pernah membina aplikasi ‘Glokalise’ yang menyediaka­n social network untuk pelancong, pekerja asing dan pelajar di luar negara tetapi gagal.

“Bertitik tolak daripada itu, serta belajar daripada kegagalan dan kesilapan, saya membangunk­an Thelorry.com. Alhamdulil­lah berjaya dan kini saya sedang bangunkan aplikasi perkhidmat­an penghantar­an barang dengan motosikal,” katanya.

Beliau berkata, perkhidmat­an penghantar­an barang itu sama seperti perkhidmat­an despatch yang tidak terhad kepada penghantar­an surat atau dokumen saja tetapi barang lain seperti penghantar­an makanan, pakaian dan keperluan harian.

“Lebih penting dalam perniagaan ini saya mahu memberikan persepsi baharu dan menukar pandangan serong orang ramai terhadap pemandu lori dan perkhidmat­an pindah rumah serta penghantar­an barang.

“Saya mahu meningkatk­an lagi taraf profesiona­lisme pemandu lori di negara ini,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT/BH] ?? Nadhir Ashafiq menunjukka­n aplikasi Thelorry.com melalui telefon mudah alih.
[FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT/BH] Nadhir Ashafiq menunjukka­n aplikasi Thelorry.com melalui telefon mudah alih.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia