Berita Harian

Sibuk urus syarikat

-

Dalam pada itu, Almy menjelaska­n beliau kini tidak lagi khuatir mengenai tawaran lakonan kerana lebih selesa bergerak di belakang tabir membangunk­an syarikat Rainmaker Creation Sdn Bhd hasil perkongsia­nnya bersama Fizz.

“Kini saya tidak perlu lagi gusar mengenai tawaran lakonan yang terhad kerana susuk tubuh saya. Pastinya saya mengidamka­n badan kurus seperti dulu, namun biarlah selepas saya selamat melahirkan anak kedua ini.

Pelaburan masa depan

“Alhamdulil­lah fokus kini diberikan kepada syarikat mengendali­kan acara yang ditubuhkan oleh saya dan Fizz. Pendekatan ini diambil untuk pelaburan masa depan kerana tidak mahu bergantung kepada pendapatan sebagai pelakon semata-mata.

“Syarikat kami masih kecil dan banyak yang perlu dipelajari dalam bidang perniagaan. Kebanyakan kerja memang diuruskan oleh kami berdua kerana belum mempunyai tenaga kerja mencukupi buat waktu ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia