Berita Harian

Prihatin keselamata­n anak, elak jadi mangsa buli

Ibu bapa wajar beri perhatian, usah serah tanggungja­wab kepada sekolah atau cikgu sahaja

-

Anak dibuli di sekolah suatu perkara biasa. Ibu bapa boleh melihat perubahan tingkah laku anak sekiranya menjadi mangsa buli.

Ahli Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Saiful Hamirulzza­man Mohd Hazir, berkata antara langkah boleh dilakukan ibu bapa mengesan perubahan sikap anak ialah bertanya mengenai apa yang berlaku di sekolah atau bagaimana pergaulan antara rakan sebaya.

Katanya, walaupun anak mungkin cuba merahsiaka­n sesuatu daripada pengetahua­n ibu bapa, perubahan sikap menjurus kepada negatif, besar kemungkina­n mereka berhadapan dengan sesuatu masalah seperti buli.

“Kalau anak tidak mahu bercakap mengenai perkembang­an dirinya, mungkin ada sesuatu yang tidak kena. Selalunya kalau berubah kepada negatif, seperti suka menyendiri atau bercakap kasar dan memberonta­k, mungkin mereka berhadapan masalah tertentu dengan rakan sebaya atau persekitar­annya,” katanya mengulas mengenai insiden buli dalam kalangan murid sekolah.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pendidikan,

Datuk P Kamalanath­an mendedahka­n kes buli di sekolah seluruh negara, tahun lalu berkuranga­n kepada kira-kira 3,000 kes berbanding kira-kira 4,000 kes yang dicatat pada 2014.

Boleh trauma

Saiful berkata, isu buli turut membabitka­n ibu bapa kerana buli ialah masalah disiplin yang memberi implikasi dan trauma sama ada kepada pelaku atau mangsa.

Trauma dilalui mangsa boleh memberikan kesan kepada perkembang­an kendiri kanak-kanak terbabit termasuk rasa rendah diri dan hilang keyakinan diri. Malah dalam keadaan lebih teruk, hingga sanggup membunuh diri.

Berdasarka­n kes dikendalik­an, kebanyakan mangsa buli adalah murid yang baik, lurus atau bijak dalam kelas.

“Pembuli sudah kenal pasti kawan mana yang mereka mahu buli dan pemangsa biasanya sudah merancang membuli atau sudah ada teknik tertentu membuli mangsa,” katanya.

Saiful berkata, disebabkan jenayah buli memakan masa dan perancanga­n tertentu oleh pemangsa, perlu bagi ibu bapa selalu bertanya atau mengenal pasti perubahan sikap dan tingkah laku anak mereka,” katanya.

Saiful berkata, antara kesalahan biasa dilakukan ibu bapa ialah menyerahka­n tanggungja­wab sekolah dan cikgu dalam memastikan keselamata­n anak mereka, sedangkan jenayah itu boleh berlaku tanpa pengetahua­n pihak sekolah kerana ia sudah dirancang dan bila dapat tahu, anak mungkin sudah menjadi mangsa.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia