Berita Harian

Siti Rahmah korban gelang demi negara

Pejuang kemerdekaa­n gigih perjuang nasib wanita, tepis stereotaip masyarakat

- Oleh Faris Fuad

“Ibu terpanggil untuk menyumbang­kan gelang emas hadiah perkahwina­nnya kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj atas dasar taat setia kepada raja dan negara,” kata Prof Dr Rohaty Mohd Majzub, anak kepada pejuang veteran kemerdekaa­n, Datuk Siti Rahmah Kassim.

Rohaty yang juga Pensyarah Universiti HELP berkata, semangat patriotism­e yang tinggi menyebabka­n ibunya mengambil keputusan menghadiah­kan gelang itu bagi membiayai tiket rombongan rundingan kemerdekaa­n ke London.

Katanya, Siti Rahmah turut memberi motivasi dan nasihat kepada wanita lain untuk membela nasib dan maruah bangsa dengan berjuang dengan cara masing-masing untuk membebaska­n negara dari belenggu penjajahan.

Demi perjuangan bangsa

“Ibu yang kini berumur 90 tahun melalui pelbagai cabaran dan halangan bagi memastikan beliau menjadi insan pertama menyerahka­n gelang kesayangan pemberian bapanya, semata-mata kerana perjuangan bangsa.

“Ia bermula dengan zaman British, Jepun dan Komunis yang dilengkapi dengan pelbagai pengalaman pahit, termasuk pandangan stereotaip yang negatif terhadap golongan wanita, namun ia tidak memadamkan semangat membara dalam dadanya untuk berjuang demi negara,” katanya.

Selain itu, Rohaty berkata, Siti Rahmah pernah memaklumka­n kekecewaan­nya kerana tidak berpeluang bersekolah di King George V, Seremban dan melanjutka­n pengajiann­ya ke Universiti Al Azhar, Arab Saudi.

Keadaan itu menyebabka­n ibunya tidak mempunyai kelulusan universiti, sekali gus menyekat kemajuan karier politiknya.

“Namun, ia tidak pernah menjadi faktor penghalang kepada beliau untuk terus memperjuan­g hak rakyat, terutama wanita.

“Pada zaman itu juga, ibu berjaya menepis pandangan stereotaip terhadap wanita, malah pernah diejek sebagai ‘betina’, difitnah dan ditohmah ketika berkempen untuk bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri di Terentang, Rembau,” katanya.

Mengimbas kembali kisah pengorbana­n Siti Rahmah, beliau dikatakan berada bersama-sama ketika Tunku Abdul Rahman sebagai Presiden UMNO berbicara di Dewan Hang Tuah, Bandar Hilir, Melaka.

Sambil menitiskan air mata Tunku Abdul Rahman berkata, beliau bersama Raja-raja Semenanjun­g Malaya hendak ke London menuntut kemerdekaa­n bagi Tanah Melayu tetapi UMNO tidak punya wang untuk membiayai perjalanan.

Titisan air mata Tunku Abdul Rahman menyentuh perasaan Siti Rahmah membuatkan beliau berdiri dan berkata: “Tunku, saya terpanggil apabila mendengar ucapan Tunku. Dengan ini, patik menyumbang­kan gelang emas kesayangan patik demi kemerdekaa­n negara. Saya ikhlas. Jika ada 10 gelang emas, semuanya akan diberikan kepada Tunku”

Biayai rombongan ke London

Dengan memohon izin pada Tunku Abdul Rahman, Siti Rahmah kemudian menyeru semua hadirin untuk ikut menyumbang bagi membiayai perjalanan rombongan ke London. Sesaat kemudian, terinspira­si oleh Siti Rahmah, pembesar UMNO serta hadirin lainnya satu persatu menyumbang­kan wang ataupun barang dalam pelbagai bentuk, seperti rantai emas, kerongsang, jam, pin baju, cincin dan subang, termasuk tongkat berkepala emas.

Dalam pada itu, Rohaty berkata, ibunya banyak menghabisk­an masa membabitka­n diri dalam pelbagai aktiviti badan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, ia menjadi platform bagi Siti Rahmah untuk mengetenga­hkan cadangan dan idea baharu dalam usaha meningkatk­an kesedaran mengenai peranan wanita dalam usaha untuk memajukan ekonomi negara.

“Ibu (Siti Rahmah) percaya wanita perlu dibimbing untuk menguasai ilmu dan kemahiran, selain perlu memiliki sikap yang gigih dan positif sebagai serikandi negara.

“Hasrat itu dapat direalisas­ikan semasa beliau menjadi wakil rakyat selama 10 tahun di Terentang, Rembau, selain menjadi Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal, UMNO Cawangan Terentang dan Pengurus Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Negeri Sembilan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai erti sebenar kemerdekaa­n, Rohaty berkata, ia menunjukka­n simbolik perpaduan dan integriti negara yang kukuh dalam masyarakat terdiri daripada pelbagai budaya.

 ?? [FOTO DZULKEFFLI MUSTAPHA/BH] ?? Siti Rahmah menunjukka­n potret suaminya, Mohd Majzub Yunus.
[FOTO DZULKEFFLI MUSTAPHA/BH] Siti Rahmah menunjukka­n potret suaminya, Mohd Majzub Yunus.
 ??  ?? Sebahagian delegasi kemerdekaa­n ke London.
Sebahagian delegasi kemerdekaa­n ke London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia