Berita Harian

Aktivis muda anti-china wakil rakyat Hong Kong

-

Hong Kong: Satu generasi baharu ahli politik muda Hong Hong yang menyokong perpisahan daripada Beijing menjadi wakil rakyat buat pertama kali, semalam dalam pilihan raya terbesar sejak perhimpuna­n prodemokra­si pada 2014.

Seramai 2.2 juta orang mengundi dalam pilihan raya perundanga­n di bandar itu ketika kebimbanga­n Beijing mengukuhka­n kuasanya terhadap bandar separa autonomi itu makin memuncak.

Jumlah yang keluar mengundi itu adalah yang terbesar sejak bandar ini diserahkan kembali kepada China oleh Britain pada 1997 dan ketegangan meningkat apabila Beijing mula campur tangan.

Kemerdekaa­n Hong Kong dipertahan­kan selama 50 tahun menerusi perjanjian penyerahan, namun ramai percaya ia makin lenyap.

Jumlah pengundi terbesar

Aktivis muda terutamany­a, hilang kepercayaa­n dalam perjanjian pentadbira­n ‘satu negara, dua sistem,’ dilaksanak­an di bandar berkenaan, yang memberinya lebih banyak kebebasan berbanding di tanah besar China.

Keputusan daripada pilihan raya itu, empat calon baharu disahkan menang kerusi dan yang kelima bakal meraih kemenangan.

Antaranya, Nathan Law, 23, pemimpin perhimpuna­n Umbrella Movement atau ‘Pergerakan Payung’ pada 2014 yang berada di tempat kedua di kawasan ditandingi­nya.

Law dan parti baharunya, Demosisto menggesa pungutan suara kemerdekaa­n, menekankan hak warga bandar ini untuk memilih jika mereka mahu berpisah daripada China.

 ?? [FOTO REUTERS] ?? Law (tengah) meraikan kemenangan selepas menang kerusi dalam pilihan raya perundanga­n di Hong Kong, semalam.
[FOTO REUTERS] Law (tengah) meraikan kemenangan selepas menang kerusi dalam pilihan raya perundanga­n di Hong Kong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia