Berita Harian

Antagonis Fahmy Reza

Populariti Dia Semanis Honey, Si Kolot Suamiku bantu lonjak nama

- Oleh Mohd Aizat Shamsuddin

Wmohdaizat@bh.com.my

ajah pelakon baharu ini barangkali masih belum mesra di mata sebahagian peminat, namun sudah dua tahun, Fahmy Reza berusaha mencari tapak untuk mengukuhka­n kedudukann­ya.

Fahmy bertuah dalam perjalanan itu, dirinya dipertemuk­an dengan drama popular, Dia Semanis Honey dan terbaharu, Si Kolot Suamiku. Memegang watak antagonis, dua drama itu banyak membantu memperkena­lkan pemilik nama, Sheikh Zulfahmy Reza Sheikh Abd Ghani, 26, ini kepada umum.

Sebagai ‘orang baharu’, Fahmy akur, tuah tidak akan datang bergolek kerana dirinya memerlukan pendedahan untuk membina tapak yang kukuh dalam industri.

Terpaksa menanti lama

“Kerjaya lakonan saya bermula apabila dipelawa David Teo untuk menghadiri uji bakat. Sangka saya, peluang untuk menjadi pelakon terkubur apabila terpaksa menanti lama. Namun, penantian panjang itu berhasil apabila ditawarkan kontrak bernaung di bawah pengurusan­nya,” katanya.

Kata Fahmy, pada awal pembabitan, dirinya sering gusar jika mutu lakonannya tidak mendapat perhatian peminat. Namun, selepas Dia Semanis Honey dan Si Kolot Suamiku mendapat jumlah tontonan yang tinggi, namanya pantas melonjak. Populariti yang mula dirasai memberikan Fahmy keyakinan untuk bergerak lebih pantas dalam bidang ini.

“Apabila drama itu mendapat jumlah tontonan yang tinggi, secara tidak langsung tempiasnya turut saya rasai. Nama saya mula dikenali tetapi pencapaian itu belum memadai untuk membuat saya selesa. Perjalanan saya masih lagi jauh. Lagipun, persaingan dalam industri ketika ini agak sengit dengan kehadiran ramai bakat baharu.

“Saya memerlukan tapak yang kukuh dan produksi yang lebih berkesan supaya nama tidak tenggelam,” katanya.

Bawa watak jahat

Melakonkan watak antagonis dalam dua drama terbabit juga membantu Fahmy lebih menonjol. Katanya, bermain karakter jahat memberinya ruang memberikan pelbagai emosi untuk mencuri perhatian khalayak.

“Industri tidak mempunyai ramai pelakon yang menonjol dengan karakter antagonis.

Jadi, saya cuba isi ruang kosong itu dengan meletakkan diri di situ. Saya melihat peluang melakonkan sisi gelap lebih cerah berbanding menjadi watak baik yang sering menjadi pilihan kebanyakan pelakon.

“Membawa watak jahat juga lebih mencabar kerana menuntut komitmen yang tinggi. Bermain dengan karakter ini memerlukan emosi yang pelbagai supaya lakonan sampai kepada penonton,” katanya.

Tidak mahu sekadar berpeluk tubuh, Fahmy mengambil inisiatif sendiri dengan menghadiri kelas lakonan. Katanya, dia mahu melihat peningkata­n lakonannya dalam setiap naskhah yang dijayakan.

Bimbang dicop sombong

“Saya memasuki industri tanpa ilmu dan pengalaman dalam lakonan. Mujur pada awal, pengurusan mengadakan kelas lakonan untuk artis baharu di bawah naungan mereka.

Dari situ, saya mula tahu faham dengan teknik lakonan. Ia membantu saya memberi penghayata­n yang lebih baik apabila di lokasi penggambar­an.

“Ilmu lakonan saya bagaimanap­un, masih belum cukup. Saya ambil inisiatif sendiri dengan menghadiri kelas lakonan di luar. Dari situ, saya dapat merasakan peningkata­n dalam lakonan,” kata anak bongsu enam beradik ini. Namun begitu, kata Fahmy, ada sesuatu yang seakan menghalang dirinya untuk terus ke depan apabila sifat pemalu masih lagi menebal.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia