Berita Harian

Bergerak pada waktu malam

-

berehat di Gunung Bubu yang tidak memperliha­tkan sebarang pemandanga­n kerana puncaknya dikeliling­i pokok renek dan bonsai, kami bergerak menuju ke Gunung Tok Nenek pula. Pergerakan bermula ketika hari sudah lewat petang dan kami tiba di puncak Tok Nenek pada jam 8 malam.

Dari puncak ini, sayupsayup kelihatan cahaya lampu dari Cameron Highlands.

Suhu puncak yang semakin dingin dengan tiupan angin agak kuat membuatkan Man Pahang mengarahka­n kami segera turun dan meneruskan perjalanan hingga ke Kem Belumut. Ketika ini kami sudah berjalan hampir 18 jam. Di Kem Berlumut, kami mendirikan khemah untuk berehat dan tidur pada malam ketiga di sini.

Letih menyusup rimbunan buluh

Dari Kem Berlumut perjalanan untuk pintu ke luar iaitu perkampung­an Orang Asli Kampung

Regil sangat jauh. Jangkaan tiba di kampung itu pada waktu malam.

Disebabkan trek agak landai, pergerakan terasa laju. Lewat petang tiba di simpang Tok

Nenek. Berehat agak lama juga di sini iaitu hampir satu jam.

Kira-kira jam 5.30 petang, barulah bergerak balik ke Kampung Regil.

Ketika hari semakin gelap, kami melalui trek di tepi sungai. Empat kali menyeberan­g anak sungai yang kedalamann­ya paras peha. Namun begitu, saat paling mencabar apabila menyusup dan kadang-kadang merangkak beberapa kali di bawah rimbunan buluh untuk trek sejauh hampir satu kilometer.

Selepas melalui detik misteri dan pelik, akhirnya kami tiba di Kampung Regil kira-kira jam 8 malam. Sekali lagi terasa puas dan seronok serta bersyukur kerana kami dapat keluar dari hutan dengan selamat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia