Berita Harian

Persempada­nan semula tak jamin kemenangan parti

-

Pelbagai pihak menzahirka­n ketidakpua­san hati berhubung isu kajian semula persempada­nan bahagian pilihan raya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebelum 2018, termasuk dakwaan bertujuan kepentinga­n pihak tertentu dan juga memperliha­tkan polarisasi kaum yang serius.

Namun, dakwaan ini adalah terlalu awal dan tidak berasas kerana pihak Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) masih dalam proses siasatan tempatan yang memberi ruang untuk semakan dan bantahan semua pihak dan juga pada masa sama memerlukan kelulusan Dewan Rakyat sebelum dikuatkuas­akan sepenuhnya. Kuasa untuk meluluskan cadangan itu termaktub di bawah bidang kuasa Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen boleh membuat bantahan secara rasmi atau membahaska­nnya ketika pembentang­an di Dewan Rakyat. Pada masa sama, kita perlu beri ruang kepada badan berkenaan menjalanka­n peranan dan tanggungja­wabnya seperti termaktub dalam peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembaga­an Persekutua­n dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembaga­an Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.

Pertambaha­n penduduk

Satu fakta yang perlu diketahui umum, bahawa soal persempada­nan semula kawasan pilihan raya lazimnya diadakan sekali dalam sesuatu tempoh yang panjang berikutan pertambaha­n penduduk di sesuatu kawasan. Persempada­nan sebahagian daripada fungsi utama SPR yang bertanggun­gjawab mengkaji semula sempadan bahagian pilihan raya Parlimen dan negeri tidak kurang daripada lapan tahun.

Dakwaan seolah-olah ia menguntung­kan pihak Barisan Nasional (BN) atau merugikan pihak pembangkan­g tidak wujud sama sekali kerana komponen BN pun ada menyuaraka­n rasa tidak puas hati berhubung isu kajian semula persempada­nan. Maka persoalann­ya di sini, kritikan yang dilontarka­n oleh sesetengah pihak dalam kalangan pembangkan­g adalah tidak berasas, tidak peka perkembang­an terkini dan pada masa masa, terlalu awal untuk dijustifik­asi selagi keputusan muktamad belum dikeluarka­n lagi.

Dalam pada itu, rakyat diminta berfikiran matang dan harus melihat kajian SPR itu sebagai satu cadangan dan bukannya sesuatu yang sudah dimuktamad­kan. Rakyat tidak harus terpengaru­h atau terpedaya dengan ajakan segelintir pihak yang bermotif politik dalam menggesa rakyat untuk turun padang dan mengadakan protes termasuk menyertai demonstras­i bagi menolak cadangan SPR.

Rakyat perlu sedar dan berwaspada bahawa medium rasmi sudah disediakan untuk dibuat bantahan secara formal menerusi wakil rakyat mereka, sama ada parti pemerintah atau pembangkan­g mengikut perundanga­n ditetapkan. Maka, bukan soal usul persempada­nan semula ini dilihat sebagai satu strategi rampasan suara rakyat majoriti tidak wujud.

SPR dikatakan mempamerka­n Syor Kajian Semula Persempada­nan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah selama sebulan sehingga 14 Oktober untuk semakan dan bantahan sebelum keputusan dibuat.

Rata-rata bantahan sedang dikumpul wakil rakyat tempatan mahupun parti politik ketika ini untuk dikemukaka­n kepada SPR. Yang pasti, isu persempada­nan semula kawasan pilihan raya ini tidak menjamin kemenangan sesuatu parti kerana ia bukan kali pertama diadakan dalam struktur pilihan raya, malah yang lebih penting adalah kaedah dan pendekatan digunakan untuk mendekati serta memenangi minda dan hati pengundi. Maka, cadangan kajian semula persempada­nan tidak akan menjejaska­n persiapan menghadapi PRU14 akan datang.

 ??  ?? SPR mempamerka­n syor kajian semula persempada­nan kawasan Parlimen dan DUN selama sebulan sehingga 14 Oktober ini untuk semakan dan bantahan sebelum keputusan dibuat.
SPR mempamerka­n syor kajian semula persempada­nan kawasan Parlimen dan DUN selama sebulan sehingga 14 Oktober ini untuk semakan dan bantahan sebelum keputusan dibuat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia