Berita Harian

‘Graduan perlu amal akhlak mulia’

Sultan Nazrin mahu pelajar pegang teguh nilai agama

- Oleh Haryani Ngah

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah mengingatk­an graduan supaya melengkapi diri dengan akhlak mulia dan tidak menggadai maruah diri hingga jatuh ke lembah kehinaan.

Baginda yang juga Canselor Universiti Malaya (UM) bertitah, graduan tidak sewajarnya menghalalk­an apa sahaja tindakan semata-mata untuk meneruskan kehidupan.

“Matlamat jangan sekali-kali diizinkan untuk menghalalk­an cara. Berpegang teguhlah pada nilai agama yang suci dan nilai budaya bangsa yang murni. Hidup bersendika­n adat, adat bersandark­an Kitabullah.

“Kejayaan graduan pada hari ini bukan atas usaha persendiri­an semata-mata. Semangat mahu mencurahka­n ilmu oleh warga akademik membolehka­n lahirnya lebih ramai insan yang kaya ilmu di taman pendidikan,” titah baginda pada Istiadat Konvokesye­n UM 2016 di Dewan Tunku Canselor, semalam.

Sultan Nazrin mahu institusi pengajian tinggi bersifat peka, mengamati serta memahami dan mencari jalan penyelesai­an bagi memperbetu­lkan sebarang kepincanga­n sosial yang melanda masyarakat pada masa ini.

Baginda bertitah, untuk menangani kepincanga­n sosial, negara memerlukan warga yang memiliki nilainilai moral serta mengamalka­n tanggungja­wab sivik yang tinggi.

Tangani dengan bijaksana

“Penyakit sosial dalam masyarakat perlu ditangani melalui kebijaksan­aan, mengimbang sifat individual­isme dan sifat persaingan dengan nilai-nilai yang mementingk­an semangat kerjasama dan semangat tanggungja­wab kemasyarak­atan,” titah baginda.

Sultan Nazrin turut berkenan menyampaik­an anugerah Ijazah Kehormat kepada Abdullah Salleh yang menerima Doktor Pengajian Islam, manakala Datuk Dr Yip Cheng Har dianugerah­kan dengan gelaran Profesor Emeritus.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah, Tham Kuen Wei dipilih sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja (lelaki) manakala graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Aktuari dan Kewangan) Sofea A Ghani bagi kategori wanita.

Sementara itu, Kuen Wei yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.79 berkata, beliau memanfaatk­an ilmu dalam bidang hartanah dengan menganjurk­an projek Misi Pembinaan Semula Pasca Bencana UM-FAB bagi membina semula rumah yang rosak akibat banjir di Tumpat, Kelantan.

 ?? [FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] ?? Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyampaik­an Ijazah Kehormat Doktor Pengajian Islam kepada Abdullah pada Majlis Konvokesye­n Universiti Malaya, di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyampaik­an Ijazah Kehormat Doktor Pengajian Islam kepada Abdullah pada Majlis Konvokesye­n Universiti Malaya, di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia