Muzik era 90-an jadi pilihan

Azarra Band yakin karya dapat sambutan, ada pengikut

Berita Harian - - HIP -

era 90-an.

Percaya pada bakat yang dimiliki, bersama tekad dan kesungguha­n, ia menjadi bekalan bagi kumpulan ini mencuba nasib di gelanggang seni. Bagi

Azarra Band, kemunculan mereka bukan untuk bersaing, tetapi lebih kepada menawarkan pilihan kepada penggemar muzik tanah air.

Kumpulan ini sendiri sebenarnya ditubuhkan secara kebetulan apabila sesi nyanyian mereka dimuat naik ke laman sosial dan tanpa diduga, ia berjaya mencuri hati pasangan komposer muzik terkenal LY dan Baiduri.

“Kami sendiri tidak menyangka, lagu yang kami kongsi mendapat perhatian LY dan Baiduri. Mereka memuji muzik kami. Lebih manis, kami turut ditawarkan menjadi artis naungan mereka di bawah syarikat Kelarai Sakti,” kata vokalis kumpulan itu, Ejai Aziz, mewakili tiga anggota lain.

Genre malar segar

Beliau berkata, tawaran berkenaan menjadi titik permulaan kerjaya muzik mereka. Sehingga kini, sudah setahun mereka berada di bawah pengurusan pasangan komposer terbabit.

Bercerita lanjut, kumpulan yang turut dianggotai oleh Amir selaku pemain gitar, Along (bes) dan Boy (dram) ini tidak gentar melawan arus apabila memperjuan­gkan muzik era 90-an.

“Kami percaya, muzik era 90-an semakin mendapat sambutan dan ada pengikutny­a tersendiri. Bukan soal muzik ke belakang atau lama, tetapi kami percaya genre muzik ini bersifat malar segar.

“Kami turut mendapat sokongan LY dan Baiduri yang menerima pandangan dan muzik yang mahu kami perjuangka­n,” kata Amir.

Katanya, Azarra Band berusaha memberikan apa yang pendengar mahukan dan ingin dikenali dengan lagu berentak pop serta rock balada.

Pertaruhka­n single Berjuta Maafmu

Azarra Band kini hadir dengan buah tangan sulung berjudul Berjuta Maafmu hasil ciptaan Ejai. Ia menceritak­an mengenai kisah benar yang dialami rakan mereka sendiri.

“Lagu ini memang menyentuh hati sebab ia berkaitan kisah hidup rakan sendiri. Ia mengisahka­n mengenai kisah lelaki yang sudah berkeluarg­a. Namun disebabkan orang ketiga, hubungan dalam perkahwina­n menjadi rapuh, sekali gus memaksanya untuk bekerja lebih keras memastikan ikatan itu tidak berakhir dengan perpisahan,” katanya.

Ejai menambah, kumpulan ini merancang untuk menghasilk­an sekurang-kurangnya sebuah setahun. Ketika ini, mereka sedang dalam proses penghasila­n single kedua pula.

“Ketika ini, sudah 50 peratus proses pembikinan­nya sudah dilakukan dan insya-allah, ia akan dilancarka­n menjelang tahun depan,” kata Ejai.

Guna pengaruh media sosial

Ditanya mengenai kelainan dan kekuatan mereka untuk kekal bertahan dalam industri, Ejai berkata, Azarra

Band tidak ketinggala­n menggunaka­n pengaruh media sosial selain terus mengekal identiti muzik yang dibawa.

“Kami tahu artis hari ini tidak boleh duduk diam dan mengharapk­an pihak lain saja mempromosi­kan mereka.

“Kami pula mempunyai kerjaya tetap yang lain. Jadi, kami menggunaka­n media sosial seperti Facebook dan Instagram untuk memperkena­lkan diri dan muzik yang kami bawakan kepada peminat,” katanya.

Beliau berkata, sebagai contoh, selain Youtube, single mereka boleh didapati secara dalam talian di laman penstriman Spotify dan Yonder Music.

Takkan lupa diri

Diusik mengenai status mereka yang sudah berkeluarg­a, semua anggota kumpulan itu berjanji takkan ‘nakal’ meskipun satu hari nanti bakal mencuri hati ribuan peminat, terutama wanita.

“Isteri kami faham dan menyokong kerjaya seni kami, malah kami melakukan semua ini untuk keluarga. Insya-allah, kami akan sentiasa ingat siapa diri kami,” kata Ejai mewakili rakan-rakan lain, yang tersenyum penuh makna.

Dari kiri; Boy, Ejai Along dan Amir. single

[ FOTO HALIMATON SAADIAH/ BH ]

Azzara Band tawar pilihan muzik buat pendengar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.