Bubar ketika di puncak

Putra nekad korbankan perjuangan untuk elak episod hitam bersama syarikat rakaman berulang

Berita Harian - - B*POP - Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Nik dan anggota Kumpulan Putra masih akrab memandangkan mereka semua berasal dari Melaka.

Selain menyanyi, Nik kini mengusahakan perniagaan minyak wangi jenama Nik Putra yang baru seminggu di pasaran.

Kumpulan Putra akan mengadakan persembahan di MAHA 2016 di Serdang pada 7 Disember ini.

[email protected]

ernah mengecap kemasyhuran berbekalkan lagu

namun keampuhan populariti yang dinikmati hanya bersifat sementara. Selepas lima tahun mengabdikan diri kepada industri muzik rock, kumpulan Putra terpaksa akur untuk membawa haluan sendiri pada tahun 1992.

Pengalaman pahit bersama syarikat rakaman memaksa kumpulan yang seangkatan nama besar lain seperti Bloodshed, XPDC, May, Black Rose, Febians, Junction, Utopia, Olan dan Laksamana dibubarkan. Putra yang ditubuhkan pada tahun 1987 akur untuk berpecah ketika nama masih disanjung peminat. Album ketiga iaitu menjadi produksi terakhir, sekali gus menoktahkan perjuangan berliku Putra. Tanpa menoleh ke belakang lagi, anggotanya iaitu Nik selaku vokalis, Kiss (gitar 1), Ann (gitar 2), Ari (bass) dan Man (dram) nekad pulang ke kampung membawa haluan masing-masing.

Ketentuan Tuhan, perpisahan yang berlaku hanya bersifat sementara. Mereka kembali bersatu selepas menghasilkan album kompilasi, yang memuatkan dua lagu popular,

( judul ditukar kepada Cinta Kain Putih) dan yang diberi nafas baharu pada tahun 2007.

Bubar kumpulan

Vokalisnya, Nik atau nama sebenarnya, Mohd Podzi Daud, 49, berkata mereka tekad membubarkan kumpulan selepas mendakwa dipermainkan syarikat rakaman menerusi jualan album kedua.

“Album pertama berjudul Putra diterbitkan syarikat rakaman, EMI Malaysia pada tahun 1988 dan memperkenalkan nama

menerusi lagu Bagaimanapun, kami mohon pelepasan kerana menunggu terlalu lama untuk menghasilkan album kedua.

“Selepas mendapat pelepasan, kami dilamar syarikat rakaman lain dan menghasilkan album kedua berjudul

pada tahun 1990. Album itu mendapat perhatian menerusi lagu

yang sering mengungguli carta radio dan menjadi siulan ramai.

“Kami juga tidak menang tangan dengan undangan persembahan pentas. Cukup mengecewakan apabila kami diberitahu album itu tidak mendapat sambutan. Kami amat kecewa, malah berasa diri seperti dipermainkan apabila mendapat tahu kedudukan sebenar album itu,” katanya ketika ditemui B*POP, baru-baru ini.

Tiada hati teruskan perjuangan

Anak bongsu tujuh adik beradik itu berkata, mereka masih bertahan dengan menghasilkan album ketiga, yang dilancarkan pada tahun 1991. Rakaman album itu berdepan pelbagai masalah hingga syarikat rakaman terpaksa mengeluarkan belanja lebih RM100,000 untuk menyiapkannya. .

“Kami sebenarnya sudah tiada hati untuk meneruskan perjuangan. Apabila album ketiga dilancarkan, kami terus mengumumkan perpecahan. Saya tidak tahu apa berlaku kepada album itu kerana tidak pernah ambil peduli.

“Kami terlalu kecewa, malah sanggup mengorbankan perjuangan Putra kerana enggan episod hitam itu berulang kembali,” katanya.

Nik berkata, dia terus melupakan dunia nyanyian selepas pulang ke kampungnya di

Melaka. Hatinya menjadi kosong. Disebabkan sudah serik, Nik juga mengelak daripada menggunakan telefon bimbit kerana tidak mahu dijejaki lagi penggiat industri.

“Saya merajuk dengan apa yang berlaku. Anggota

Foto Nur Adibah Ahmad Izam tra Cinta Putih, Kain RochesRock Putih Nazira Putra Kain Cinta Formula Mimpi Kain Cinta Putih Gen To Nazira. Rochestra

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.