Berita Harian

Bakat, keupayaan diri penentu kejayaan ahli sukan

-

yang menulis bahawa kemasukan pemain import punca merosotnya tahap sesebuah pasukan. Namun, pada pandangan saya, kemasukan dan adanya pemain luar seharusnya menjadi cabaran kepada mana-mana pemain dalam sesebuah pasukan.

Bagi saya, yang penting adalah pemain seharusnya mempelajar­i dan menghayati maksud menjadi seorang profesiona­l. Kebanyakan pemain mungkin hanya memahami maksud ‘profesiona­l’ sebagai pemain yang bekerja dan dibayar gaji lumayan melebihi kelayakan dan kebolehan berbanding pemain amatur.

Namun, dalam apa jenis sukan dan permainan atau profesion diceburi, semua orang perlu mempunyai bakat semula jadi. Seseorang yang cemerlang dalam sukan dan permainan biasanya terserlah bakat dalam diri.

Bakat semula jadi

Sesiapa sahaja yang kelihatan seperti atlet, bergerak seperti seorang atlet, dan sememangny­a atlet, tidak dapat dinafikan memang mempunyai bakat semula jadi.

Pencari bakat dan jurulatih sentiasa mencari mereka yang berbakat semula jadi dan pasukan akan bersaing antara satu sama lain untuk membayar jumlah yang tinggi untuk mendapatka­n mereka.

Seorang yang mempunyai bakat semula jadi mesti mempunyai cara berfikir sebagai juara. Orang yang mempunyai minda juara biasanya tidak mempunyai istilah gagal dalam diri dan menyemai perkataan ‘tidak tahu bagaimana untuk gagal.’

Bagi seseorang yang mempunyai bakat semula jadi biasanya dikatakan tidak perlu berusaha dan bekerja keras seperti orang lain. Usaha adalah untuk orang kurang kemahiran dan pengetahua­n semula jadi. Mereka yang berbakat semula jadi tidak meminta bantuan. Ia adalah pengakuan kelemahan.

Watak hebat, hati kental

Mereka yang mempunyai bakat semula jadi jarang menganalis­is kekurangan kerana bagi mereka, idea kekurangan adalah menakutkan. Anda mesti mempunyai watak yang hebat, hati kental, keinginan dan keazaman tinggi, dan keyakinan berfikiran juara.

Kita boleh melabelkan atau memanggil apa sahaja, tetapi ia adalah perkara yang sama. Ia adalah apa yang diamalkan dan lakukan, dan ia adalah apa yang membolehka­n anda gunakan apabila anda paling memerlukan­nya.

Menjuarai sesuatu perkara adalah satu ujian kepada keupayaan kita terutama apabila keadaan kelihatan tidak menentu, apabila tidak bermain dengan baik atau prestasi kurang memuaskan dan emosi tidak menentu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia