Berita Harian

Puas dapat kuasai tiga puncak gunung di Kluang

15 peserta ‘kuasai’ Gunung Chemendong, Belumut dan Gua Rimau

- Oleh Sheikh Ezneihan Azhar kembara@bh.com.my

Mendengar nama puncak Trans Chemendong, Belumut dan Gua Rimau, sudah dapat bayangkan mengenai cabaran dan kesukarann­ya yang memeritkan walaupun puncaknya boleh dianggap tidak terlalu tinggi.

Namun, itulah pengalaman yang penulis mahu rasai apabila ekspedisi pengembara­an menguasai tiga puncak gunung yang baru dibuka di Kluang, Johor.

Trip disertai 15 peserta anjuran Nor Farhana Mustafa dari Allard Adventures dianggap sebagai mencatat sejarah tersendiri kerana belum ada kumpulan pendaki menguasai ketigatiga puncak itu sekali gus.

Seperti yang dirancang, semua peserta berkumpul di Masjid Jamek Felda Ulu Dengar, Kluang untuk bersolat Subuh, bersarapan dan mendengar taklimat oleh jurupandu yang mengetuai trip ini, iaitu Saufi Ibrahim dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Zul Poncho.

Kami kemudian dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda ke tempat permulaan pendakian ke puncak Chemendong yang memakan masa hampir sejam.

Kedua-dua jurupandu bersungguh-sungguh menjaga dan mengawasi keselamata­n kami kerana hutan dan treknya masih ‘dara’.

Kami melalui tanah agak lembap dan dipenuhi pacat. Pendakiann­ya agak lasak dan muka buminya berbentuk menurun dan menaik, melalui permatang yang panjang serta banyak ‘puncak tipu’.

Trek licin dan ‘kejam’

Kami berhenti rehat di tepi Sungai Yong untuk makan tengah hari dan menambah bekalan air. Kira-kira jam 9 malam, barulah sampai ke puncak Chemendong.

Tidak lama di puncak, kami bergegas turun melalui permatang untuk bermalam di Kem Buntu. Semasa perjalanan, kelihatan lampu bandar yang diberitahu pekan Batu Pahat dan kampung di sekitarnya. Perjalanan ke Kem Buntu ini agak ‘kejam’ kerana ia terlalu curam dan hutannya sangat tebal.

Penulis sendiri beberapa kali tergelinci­r kerana licin, tetapi syukur tiada kecederaan.

Disajikan lata bertingkat

Keesokanny­a ialah misi ke Gunung Belumut dengan pendakian menempuhi Hulu Sungai Dengar.

Menariknya, kami disajikan Lata Tangga yang cantik dan unik kerana latanya berbentuk tangga bertingkat. Kami mengambil kesempatan makan tengah hari, berehat dan mandi-manda di kolam teratas Lata Tangga ini.

Pendakian diteruskan dengan trek agak curam, ‘berperang’ dengan pacat dan akhirnya tiba ke puncak Belumut sekitar jam 5 petang. Jurupandu, Saufi dan Zul Poncho membuat keputusan untuk bermalam di Kem CP4 kerana di situ ada sumber air dan tapaknya agak lapang serta selesa.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Lata Tangga tempat untuk berehat, antara tarikan pendakian tiga puncak.
Lata Tangga tempat untuk berehat, antara tarikan pendakian tiga puncak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia