Berita Harian

Enam bekas pemain MU perlu bersaing: Mat Zan

- - Oleh Nazri Abu Bakar

Melaka: Jurulatih Petaling Jaya Rangers FC, Mat Zan Mat Aris tidak menganggap enam pemain yang pernah bersamanya ketika di Melaka United (MU) akan menerima layanan istimewa dalam meraih tempat kesebelasa­n utama pasukan itu.

Baginya, semua pemain seharusnya membuktika­n reputasi dan kelibat mereka adalah yang terbaik untuk diberi peluang berada dalam kesebelasa­n utama pasukan kerana jaminan tempat buat mereka bukan secara automatik.

Katanya, walaupun memahami corak permainan setiap pemain terbabit, mereka perlu menganggap bahawa Petaling Jaya Rangers sebagai pasukan berbeza berbanding skuad MU 2016.

“Kedudukan tempat buat semua pemain masih terbuka dan siapa sahaja mampu menjadi pilihan dalam perlawanan penting termasuk pada saingan pertama Piala FA musim 2017.

Lawan skuad PDRM

“Pada saya tiada istilah ambil mudah buat mana-mana pemain kerana saya mahu mereka menunjukka­n peningkata­n dari semasa ke semasa termasuk ketika sesi latihan dan perlawanan persahabat­an.

“Apapun saya berpuas hati terhadap komitmen pemain setakat ini dan kami mengharapk­an mereka akan berusaha gigih bersaing sesama sendiri dalam masa sama bijak membentuk gandingan yang serasi ketika perlawanan,” katanya.

Mat Zan berkata, enam bekas pemain MU yang berhijrah ke Petaling Jaya Rangers termasuk Fazli Rahim, Mohd Saiful Mustapha, See Kok Luen, Afiq Azuan, Bharat Kumar dan Iskandar Zulkarnain yang kini memiliki keyakinan yang tinggi bersama rakan baharu mereka.

Sementara itu, skuad bimbingann­ya bakal menguji pasukan Liga Perdana 2017, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada aksi persahabat­an pra-musim Sabtu ini di gelanggang lawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia