Berita Harian

Kangar tetap mantap tanpa dua tonggak

- - Oleh Naqib Nor Said

Kuala Lumpur: Pengendali Kangar, Azamri Zali percaya kehilangan dua tonggak utamanya, Ezzrul Ikmanizar Abdul Rahman dan Muhamad Asyraf Amil tidak menjejaska­n persiapan pasukannya bagi menghadapi playoff Zon Utara Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) 2016.

Ezzrul dan Asyraf masing-masing terpaksa ‘mengangkat kaki’ ketika kempen LBR semakin menuju ke penghujung saingan selepas dipancing pasukan Liga Perdana, Terengganu dan Piala Presiden Kedah untuk musim 2017.

Bagaimanap­un, Azamri yang mengemudi Kangar mengekalka­n rekod tanpa kalah dalam saingan peringkat Kumpulan 2 Zon Utara menyifatka­n kekosongan itu berjaya diisi Zulkifli Subuh dan Khairul Affendi.

Masih ada alternatif

“Pasukan masih memiliki dua lagi tonggak harapan, Zulkifli Subuh dan Khairul Affendi di bahagian depan dan tengah yang sudah menyumbat enam gol.

"Kami masih ada alternatif bagi menampung bahagian yang tanpa Ezzrul dan Asyraaf. Kami kena bersedia dengan apa sahaja kemungkina­n dan rintangan untuk terus mara," katanya.

Kangar mara ke pusingan playoff selepas menjuarai saingan kumpulan dan kini akan berentap dengan pemenang Kumpulan 1 Langkawi dan Kota Setar (Kumpulan 3) dengan hanya dua terbaik menempah tiket ke peringkat kebangsaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia