Berita Harian

Bukan bintang rap sejati

-

Penyanyi yang menyanyika­n lagu rap hasil penulisan orang lain bagaikan ‘berperang tanpa pedang’. Paling tidak, itulah pendirian bintang hip hop dan rap negara ini, Altimet.

Beliau juga menganggap mereka yang menyanyika­n lagu rap bukan hasil ciptaan dan luahan hati sendiri tidak boleh digolongka­n dalam kalangan artis rap sejati.

Altimet atau nama sebenarnya Ahmad

Abdul Rahman, 38, menegaskan sebagai penyanyi rap, mereka perlu menulis lirik sendiri.

“Jangan samakan penyanyi rap dan vokalis rap. Kalau anda menyanyi dengan sedap, suara merdu dan lagu juga bagus, tetapi tidak menulis lirik karya itu sendiri bermaksud anda bukan penyanyi rap sebenar.

Sebaliknya anda hanyalah seorang vokalis rap.

“Apabila menggelark­an diri anda sebagai penyanyi rap juga, anda perlu bercampur dengan penyanyi rap lain,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran album Amboi, di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Bukan soal jumlah tontonan di Youtube

Biarpun ada peminat tidak kisah mengenai hal itu, asalkan nyanyian disampaika­n sedap di pendengara­n, sebagai penyanyi rap, Altimet berkata, dunia genre itu adalah permainan yang berbeza dalam industri seni muzik.

“Ia adalah satu persaingan. Kita tidak bergantung pada video siapa paling banyak ditonton dan siapa menang paling banyak anugerah. Tetapi, ia lebih kepada kemahiran, siapa boleh menulis lirik lebih hebat.

“Ia ada banyak perbezaann­ya, tetapi peminat secara umum tidak kisah mengenai hal itu, asalkan lagu yang dinyanyika­n sedap didengar. Namun pada saya, mereka ini seperti berperang tanpa pedang.

“Mereka boleh tulis lirik sendiri. Tak sedap pun tidak mengapa. Itu lebih mulia daripada orang lain tulis lirik dan mereka hanya menyanyika­nnya saja,” katanya.

Pelakon nyanyi rap

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai senario industri muzik hari ini apabila ada pelakon yang turut mahu menjadi penyanyi dalam genre terbabit.

Selain pelawak dan pelakon, Zizan Razak, yang pernah berduet bersama Dina menerusi

serta dan bersama Kaka, Syamsul Yusof pula menyanyi rap menerusi lagu Kalah Dalam Menang yang runut bunyi filem Munafik arahannya.

Altimet yang satu ketika dulu menganggot­ai kumpulan Teh Tarik Crew berkata, Zizan pernah mempersoal­kan kepadanya, mengapa kelompok penyanyi rap tidak sukakan dirinya?

“Saya maklumkan kepada Zizan, dia tidak menulis sendiri rangkap rap berkenaan untuk dinyanyika­nnya.

“Kami tidak kisah lirik itu sedap atau pun tidak, janji ia adalah daripada luahan sendiri, sama ada berbentuk sindiran atau menyampaik­an cerita,” katanya.

Lagu ada impak

Altimet turut menyangkal dakwaan sesetengah penyanyi yang menganggap artis rap tidak mampu pergi jauh, lalu wujudlah konsep kolaborasi bersama penyanyi lain.

Katanya, memang ada penyanyi menganggap gabungan bersama dilakukan berikutan penyanyi rap tidak boleh menembusi pasaran komersial.

“Pada saya, kolaborasi diadakan bagi menghasilk­an lagu yang lebih baik. Saya suka menghasilk­an sesebuah lagu yang memberikan banyak impak,” katanya yang menampilka­n beberapa artis termasuk The Kawan Band, Aman-ra, Diandra Arjunaidi, Adeep Nahar dan Amir Jahari dalam album terkininya itu.

Lirik berunsur sindiran

Album Amboi menampilka­n sembilan lagu yang menyaksika­n liriknya ditulis sendiri oleh Altimet, bersama sentuhan komposer terkenal seperti Sonaone, Navigator, DJ Fuzz, Noh Salleh, Emir Hermono, Switch dan Fauzi Marzuki.

Altimet berkata, lirik yang dihasilkan dalam album itu adalah hasil pemerhatia­nnya selama berbulan-bulan terhadap gelagat masyarakat, terutamany­a di media sosial.

Beliau juga tidak menafikan dirinya turut menyelitka­n unsur sindiran dalam lirik tulisannya bagi menegur sikap negatif sesetengah masyarakat pada hari ini.

“Saya menulis mengenai apa yang saya lihat dan album ini ialah refleksi kepada perkara itu.

Penulisan secara menyindir itu dibuat kerana saya tidak mahu menghentam secara terang-terangan, tetapi sesiapa yang makan cili dialah terasa pedas,” katanya yang mengambil masa sebulan untuk menyiapkan album berkenaan.

 ?? [ FOTO ROHANIS SHUKRI / BH ] ??
[ FOTO ROHANIS SHUKRI / BH ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia