Berita Harian

‘Dana FELDA RM4.5 bilion tidak hilang’

-

Johor Bahru: Dana berjumlah RM4.5 bilion daripada RM5.998 bilion hasil penyenarai­an FELDA Global Ventures Holdings (FGV) ke Bursa Malaysia tidak hilang, sebaliknya dibelanjak­an termasuk sebagai agihan ‘durian runtuh’ kepada peneroka.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abd Samad, berkata selain pemberian durian runtuh berjumlah RM1.689 bilion kepada peneroka, RM2.869 bilion lagi dibelanjak­an untuk beberapa perkara.

Ia dibelanjak­an untuk bayaran yuran bank RM132 juta, bonus dua bulan setengah kepada kakitangan dan perbelanja­an pengurusan (RM903.92 juta), sumbangan oneoff kepada Pahang dan Sabah (RM550 juta) serta pinjaman pembesaran rumah peneroka (RM400 juta).

Dana itu turut dibelanjak­an bagi perkara berkaitan penyenarai­an (RM474.5 juta) dan penebusan saham FGV untuk petugas, peneroka serta Ahli Lembaga Pengarah (RM408.19 juta) yang menjadikan keseluruha­n perbelanja­an bernilai RM4.55 bilion.

“Saya tidak cakap hilang, cuma saya akan beri fokus meneliti baki RM1.43 bilion yang dibelanjak­an FELDA bagi pelaburan jangka panjang dan ini yang saya lihat perkara kritikal,” katanya kepada BH di sini, semalam.

Guna dana untuk pelaburan

Shahrir berkata, dana RM1.43 bilion itu digunakan untuk pelaburan iaitu RM304.3 juta bagi pembelian tanah di Bukit Katil, Melaka; pembelian Hotel Grand Borneo di Sabah (RM86.4 juta) dan pembelian Apartmen Perkhidmat­an Grand Plaza, London (RM533.03 juta).

Pelaburan lain ialah pembelian ekuiti IRIS Corporatio­n Bhd bernilai RM144.79 juta, pembelian Institut Penilaian Negara (INSPEN) berjumlah RM225 juta, pengambila­lihan FELDA Technoplan­t Sdn Bhd (RM37.67 juta) dan projek Transforva­si (RM108.23 juta).

“Tiga pelaburan kritikal yang saya akan teliti adalah pembelian tanah di Bukit Katil, apartmen di London dan pembelian ekuiti IRIS Corporatio­n Bhd, di mana FELDA memiliki 21 peratus pegangan saham dalam IRIS,” katanya.

Beliau juga akan meneliti perbelanja­an pelaburan jangka masa panjang yang dilihat tidak menampakka­n pulangan munasabah terhadap FELDA.

Dalam perkembang­an lain, Shahrir berkata sejak tahun 2012 hingga tahun lalu, FELDA menerima dividen daripada FGV berjumlah RM321 juta dengan purata antara dua hingga 16 peratus.

“Saya jangkakan tahun ini akan menyaksika­n kenaikan dividen ini susulan harga sawit yang semakin meningkat di pasaran,” katanya.

Beliau juga berkata, FELDA dalam proses menjual sebuah hotel di London bernilai RM543 juta yang dibeli pada tahun 2012, dan proses tender dijangka selesai dalam tempoh terdekat.

“Syor menjual aset pelaburan lain di London akan dibentangk­an dalam mesyuarat Lembaga Pengarah FELDA yang dijadualka­n 20 Februari ini,” katanya.

Saya tidak cakap hilang, cuma saya akan beri fokus meneliti baki RM1.43 bilion yang dibelanjak­an FELDA bagi pelaburan jangka panjang dan ini yang saya lihat perkara kritikal” Shahrir Abd Samad, Pengerusi FELDA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia