Berita Harian

TMJ main untuk JDT

Tunku Ismail daftar diri sebagai pemain JDT

- Oleh Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan didaftarka­n pemain baharu Johor Darul Ta’zim pada jendela perpindaha­n Mei depan yang membolehka­nnya beraksi dalam Liga Malaysia musim ini

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak kisah sekiranya beliau dikasari oleh pemain lawan apabila beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu, berkata beliau pernah merasai pengalaman itu ketika bermain untuk Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) sebelum ini.

“Awak tanyalah kepada seluruh rakyat Johor ketika saya bermain untuk JMF dahulu, berapa ramai yang mengasari dan menendang kaki saya. Saya tiada masalah. Saya ‘sporting’.

“Tetapi jangan lupa, saya juga boleh mengasari mereka. Haha..,” kata Tunku Ismail dalam satu wawancara yang disiarkan menerusi akaun rasmi kelab bola sepak JDT, Johor Southern Tigers yang disiarkan, semalam.

Beliau yang juga calon Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal menjadi pemain baharu yang disunting penyandang juara Liga Super, JDT untuk baki Liga M musim ini.

Menerusi satu kenyataan di akaun rasmi Johor Southern Tigers sebelum itu, Tunku Ismail bakal didaftarka­n sebagai pemain Harimau Selatan itu selepas jendela perpindaha­n pemain dibuka pada Mei ini sekali gus bakal melakar sejarah baharu dalam negara dan kelab apabila pemilik pasukan sendiri didaftarka­n sebagai pemilik/pemain bagi Liga Super dalam satu masa yang sama.

42 kejuaraan polo

Tunku Ismail menyifatka­n keputusan untuk mendaftark­an namanya sebagai pemain JDT itu juga adalah untuk mencabar kemampuan dirinya sendiri selepas meraih pelbagai kejayaan dalam hidupnya.

“Saya dah mencapai pelbagai kejayaan dalam hidup saya. Saya telah mengetuai perbarisan berkuda pada perarakan Hari Kemerdekaa­n India, saya adalah Airborne dan Special Forces, memenangi 42 kejuaraan Sukan Polo di Australia, India, England, Argentina, Malaysia dan Singapura serta memenangi dua kejuaraan polo peringkat tertinggi di Kejohanan Metro Open, Argentina dan macammacam lagi.

“Jadi kali ini saya ingin mencabar diri saya sendiri, mungkin menandatan­gani kontrak selama 6 bulan. Kita tunggu dan lihatlah nanti. Jika dapat masuk bermain seminit dua sebelum perlawanan tamat pun sudah memadai. Dapat juga saya merasa memakai jersi JDT.

“Lagipun, saya yang mempunyai 42 kejuaraan polo di seluruh dunia tidak disenaraik­an untuk bermain di Sukan SEA tetapi individu yang tidak pernah menang pertanding­an polo dan tidak pandai bermain polo boleh bermain di Sukan SEA, takkan saya pula tidak boleh bermain di Liga Super?” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? TMJ (tengah) ingin beraksi dan memakai jersi JDT sekalipun hanya dimasukkan pada minit terakhir perlawanan.
TMJ (tengah) ingin beraksi dan memakai jersi JDT sekalipun hanya dimasukkan pada minit terakhir perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia