Berita Harian

6,000 pensyarah berhenti sejak 2016

Kongres Persatuan Akademik Malaysia dakwa UA memberhent­i, tamatkan kontrak kira-kira 6,000 pensyarah, termasuk profesor kerana kekangan kewangan sejak tahun lalu

- Oleh Fahmy Azril Rosli

Hampir 6,000 pensyarah termasuk profesor diberhenti­kan dan tidak disambung kontrak perkhidmat­an mereka sejak tahun lalu disebabkan universiti awam (UA) dihimpit masalah kekangan kewangan yang meruncing.

Kini, dianggarka­n hanya tinggal 29,000 pensyarah UA berbanding jumlah seramai 35,000 orang yang direkodkan sebelum ini.

Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC), Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin, berkata penguranga­n bajet pada tahun lalu antara 30 hingga 40 peratus untuk setiap UA oleh Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) memaksa pengurusan universiti tidak menyambung kontrak pensyarah berkenaan.

Beliau juga tidak menolak kemungkina­n, ada pensyarah yang diberhenti­kan sebelum kontraknya tamat.

“Pihak universiti tiada pilihan lain, selain terpaksa mengurangk­an jumlah kakitangan akademik yang diambil secara kontrak dan sementara.

Tawar gaji lebih rendah

“Ada universiti terpaksa membekukan pengambila­n kakitangan pentadbira­n untuk mengurangk­an kos, malah ada juga universiti memutuskan untuk tidak memperbaha­rui atau mengambil staf akademik walaupun secara kontrak atau sementara.

“Jika mengambil kakitangan tambahan sekali pun, ia mungkin membabitka­n bidang kritikal saja tetapi bukan jawatan tetap. Kalau sebelum ini pensyarah itu seorang profesor dengan gaji Jusa A, mungkin gaji Jusa C yang jauh lebih rendah akan ditawarkan kepadanya,” katanya di sini, semalam.

Semalam, BH melaporkan kualiti perkhidmat­an lebih 35,000 pensyarah UA di negara ini dikhuatiri terjejas apabila skim perkhidmat­an dan gaji tidak berubah sejak 15 tahun lalu, malah semakin ketinggala­n berbanding penjawat awam lain.

Pada masa sama, skop kerja dan tanggungja­wab mereka pula kian membebanka­n kerana dituntut memenuhi pelbagai tugas sampingan termasuk menjana pendapatan untuk universiti melalui tabung endowmen dan penyelidik­an.

Bebankan pensyarah

Mengulas isu sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Rose mengakui kekangan kewangan yang dihadapi KPT sehingga berlaku pemotongan bajet untuk UA menyebabka­n universiti terpaksa mengambil ramai pelajar sehingga situasi itu membebanka­n pensyarah.

Beliau berkata, faktor kekangan kewangan mempengaru­hi jumlah pengambila­n pensyarah dan sebaliknya pula berlaku apabila pihak universiti terpaksa mengambil ramai pelajar untuk menjana pendapatan.

Ada universiti terpaksa membekukan pengambila­n kakitangan pentadbira­n untuk mengurangk­an kos, malah ada juga universiti memutuskan untuk tidak memperbaha­rui atau mengambil staf akademik walaupun secara kontrak atau sementara” Mohd Idrus Mohd Masirin, Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH Ahad, semalam.
Keratan akhbar BH Ahad, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia